View: 20379|Reply: 145
|
5 Filem Melayu Yang Pernah Kecoh Dengan Kontroversi Sehingga Sekarang!
[Copy link]
|
|
Membuat filem di Malaysia kadang-kadang amat sukar kerana ada pelbagai perkara yang tidak boleh dibuat kerana mungkin akan mengundang sifat malu dan akan melanggar pantang-larang di Malaysia. Tetapi ada beberapa filem di Malaysia yang pernah menjadi kontroversi kerana kandungan dalam filem itu dan menjadi bualan sehingga ke hari ini.
kredit foto: OhBulan
Petikan dari Iluminasi, ini adalah 5 filem melayu yang pernah kecoh dengan kontroversi.
kredit foto: Cinema Online
Filem Laga yang pernah dilanda dengan beberapa kontroversi, salah satunya melibatkan treler filem itu memaparkan adegan panas dengan pelakon Marsha Milan Londoh, filem itu juga memaparkan satu plot yang mempetaruhkan isteri sendiri untuk dijadikan bayaran sabung ayam.
Walaupun filem itu penuh dengan kontroversi tetapi filem itu gagal menarik penonton ke pawagan kerana filem itu mengalami kerugian paling teruk bagi tahun 2014 iaitu mencatatkan kutipan sebanyak RM158,675 sahaja.
kredit foto: IMDB
Filem Embun yang menceritakan waktu penjajahan Jepun di Malaysia itu penuh dengan babak kontroversi, salah satunya melibatkan pelakon Izi Yahya berlakon sebagai tentera jepun itu terpaksa membuka pakaiannya dalam filem itu untuk berlakon adegan bersama Umie Aida yang menjadi mangsa oleh tentera jepun.
Difahamkan, filem itu terpaksa membuat penggambaran secara tertutup untuk memudahkan pengambaraan itu dijalankan tanpa isu dan filem itu juga memenangi 15 anugerah seperti filem terbaik, skrip terbaik, suntingan terbaik dan banyak lagi.
kredit foto:Wikipedia
Filem Spinning Gasing ini melibatkan ramai pelakon yang terkenal seperti Rosyam Nor, Jalaluddin Hassan, Hani Mohsin, Ellie Suriaty dan ramai lagi, filem ini mencetuskan kontroversi kerana pasangan homoseksual sebagai watak utama jalan cerita filem itu dan ada beberapa adegan panas dalam filem itu.
Difahamkan, FINAS yang membuat banyak suntingan filem itu dan memotong babak yang dikatakan tidak baik kepada penonton. Tambahan pula, filem itu yang gagal membuat keuntungan di wayang hanya mendapat RM485 ribu sahaja, tetapi filem yang dijual dalam bentuk VCD mendapat sambutan yang hangat kerana itu adalah filem yang tiada suntingan dari pihak FINAS dan diedarkan dalam setiap cakera padat kepada penonton.
- Perempuan, Isteri dan Jalang.
kredit foto: Youtube
Filem yang diarahkan oleh pengarah Malaysia tersohor iaitu U-Wei Haji Shaari itu menceritakan kehidupan Zaleha yang dilakonkan oleh Sofia Jane yang terpaksa mengharungi asam garam dalam kehidupannya, filem ini yang menjadi debat ketika itu kerana adegan panas dan menceritakan isu yang ketika itu tidak boleh dibincangkan secara terbuka.
Walaupun filem memenangi pelbagai anugerah seperti filem terbaik, pengarah terbaik, lakon layar terbaik dan banyak lagi, tetapi filem ini terpaksa menukar namanya dari " erempuan, Isteri dan Jalang" ke " erempuan, Isteri dan....".
kredit foto: IMDB
Tan Sri P.Ramlee yang ketika itu berada di penghujung karier beliau telah dikritik filem terbaru ketika itu iaitu "6 Jahanam" kerana kualiti filem yang teruk, P.Ramlee yang mencabar pengkritiknya untuk membuat filem lebih baik. Pada waktu itu, Utasan Malaysia telah mengeluarkan pelbagai artikel yang mengkritik filem era akhir P.Ramlee, dan untuk membuktikan pengkritik itu salah P.Ramlee dan Osman Abadi menulis draf skrip filem yang bertajuk "Gelora".
Filem Gelora itu sampai hari ini boleh dikatakan meninggalkan elemen yang besar dalam karier P.Ramlee, filem itu dikatakan terlalu panas untuk tayangan umum sehinggakan filem itu diharamkan untuk ditayangkan sehingga hari ini. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
choi filem Spinning Gasing lah yang memperkenalkan Elly Suriati kepada ummah tanahair sebab masa tu sheols menang award yach. Rasa macam wow girtuh masa tu. Namun sekarang sebaliknya sebab perangai pprt sheols |
|
|
|
|
|
|
|
Filem Panas lakonan Aleeza Kassim & Eizlan Yusof agak daring jugak. Selain tu filem Fantasi/Fantasia arahan Aziz M Osman pun pernah diharamkan tayangan sbb elemen tahyul. |
|
|
|
|
|
|
|
Filem Dukun lakonan umie aida tu pun byk kontroversi.. punya lama terperap |
|
|
|
|
|
|
|
yg Imuda bercium dgn pelakon indon tepi pantai tu pun kontroversi gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
'Benda boleh tolak, tapi dia pilih sedap' |
|
|
|
|
|
|
|
Filem Amok pun kan macam kontroversi juga dan sangatlah jarang ditayangkan. Last I ingat tayang waktu raya tahun dalam 1996-1998 camtuh kot. Tapi kat Disney Hotstar ada dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Lenjan pun kontroversi tak silap |
|
|
|
|
|
|
|
filem Amok lakonan Nasir bilal khan dan ramona rahman cuma susah nak faham jalan cerita sebab tengok masa tu kecil lagi.
filem perempuan, isteri dan.... pun dah tengok banyak kali
sebab suka sangat dengan lakonan NBK, ada aura dan "jantan" sangat even rosyam nor pun tak leh celen lakonan beliau
pelakon lelaki sekarang ni takde yang setaraf NBK dari segi lakonan.
beto kusyairi pun dah lama tak nampak berlakon yea.
hasnul rahmat pun best kalau bercakap dan berlakon, cuma nape lah dia ambil job drama
tv3 yang skrang ditayangkan....iols tengok drama tu pun sebab nak tengok hasnul rahmat je ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Filem rempit pon blh tahan jugak.. Ombak rindu, maya dgn Aaron pon blh tahan jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pilem gelora, dr rushdi bila pikir2 balik tasangka pilem itam putih zaman dulu bole tahan daring ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa filem malaysia lucah xseberapa pun tp kutipan hauk jugak… canang riuh sekampong… tp non hadooo gak. Tetap bosan jalan citer dia. Zaman skg lg teruk ak rase filem melayu ni. Xde improvement langsung. Rase dlu lg ok. Zaman 90-an , 80-an. Filem bole kita ingat dan nk tonton banyak kali. |
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan isteri tu lawak pulak
Sopiah lari2 dalam kebun getah
Pastu jalang memang kena berkemban duduk kangkang hisap rokok baju kemeja somi kah
Embun
Runut bunyi Aqasha sodapppp
Tapi sayang kontroversi lambat lepas tayang baru nak panas
Scene rogol betul2 londeh seluar wakakakakakak
|
|
|
|
|
|
|
|
Mulotkoyak replied at 9-4-2022 05:48 PM
Kenapa filem malaysia lucah xseberapa pun tp kutipan hauk jugak… canang riuh sekampong… tp non had ...
Penulis skrip & pengarah 80-an, 90-an dulu lagi kreatif & byk idea segar kan.. Filem mcm Abang 92, Tsu-Feh Sofia, Ali Setan, Fenomena, XX-Ray, Femina, Adik Manja, Shahadat, Sayang Salmah, Perempuan, Isteri Dan ... byk lagi la.. kita igt sampai skrg & tgk byk kali pun x bosan.. |
|
|
|
|
|
|
|
yg aku tgok embun j..teirngt sampai ari nie |
|
|
|
|
|
|
|
hyie replied at 9-4-2022 11:40 AM
choi filem Spinning Gasing lah yang memperkenalkan Elly Suriati kepada ummah tanahair sebab masa tu ...
Bukan mastura dulu ek si ellie tu berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 9-4-2022 08:07 PM
Penulis skrip & pengarah 80-an, 90-an dulu lagi kreatif & byk idea segar kan.. Filem mcm Abang 92, ...
Tahun 80an-90an juga penuh dgn filem sampah sarap z.lokman ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 9-4-2022 12:07 PM
Penulis skrip & pengarah 80-an, 90-an dulu lagi kreatif & byk idea segar kan.. Filem mcm Abang 92, ...
Betul tuh… citer tuh smp skg kite sebut2. Citer skg xtau pun sedar2 kuar panggung. Pastu sebulan dua terus lupe. Pelakon pun xcm dlu kn. Kalo dlu pelakon filem lain drama lain. So ade beza and exclusive dan sng nk bg anugerah. |
|
|
|
|
|
|
|
sbb thread ni aku pegi layan gelora dgn dr rushdi kt youtube.
omg dark side of p ramlee yang aku xpenah tgk. |
|
|
|
|
|
|
|
sidi oraza blakon best oiiiiii.. dimanakah beliau skrg |
|
|
|
|
|
|
| |
|