CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Pink Floyd Keluar Lagu Kutip Derma Untuk Ukraine

8-4-2022 03:53 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1068| Komen: 1

Kumpulan rock Britain, Pink Floyd mengeluarkan lagu terbaharunya setelah hampir tiga dekad bagi mengutip derma untuk rakyat Ukraine.

'Hey Hey Rise Up' menampilkan gabungan Pink Floyd iaitu David Gilmour dan Nick Mason, bersama penyanyi Ukraine, Andriy Khlyvnyuk daripada kumpulan Boombox.



Kredit foto: npr

Lagu itu menampilkan Khlyvnyuk menyanyikan lagu patriotik Ukraine daripada klip yang dirakamnya di hadapan Katedral St Sophia di Kiev yang tular di media sosial.

Gilmour berkata video itu membuatkan dirinya terkesan sehingga merasakan mahu meletakkannya di dalam lagu.


Pink Floyd berjaya menghubungi Khlyvnyuk bagi mendapatkan kebenaran ketika penyanyi itu dirawat di hospital susulan kecederaan serpihan mortar.



Selepas pencerobohan Rusia, Khlyvnyuk, yang ketika itu berada di Amerika Syarikat, telah kembali ke Ukraine bagi menyertai unit pertahanan wilayah.

Hasil jualan lagu itu akan disalurkan kepada dana bantuan kemanusiaan Ukraine.


Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 8-4-2022 04:05 PM
akak paling minat Pink Floyd era Syd Barrett

itu jah nak bg tahu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.096638 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top