Pernah berdepan dengan kontroversi dituduh menciplak jenama produk sedia ada di pasaran, pelakon Sharifah Rose akhirnya menukar nama produknya itu kepada Harīrose.
Menjadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran, Sharifah Rose atau lebih mesra disapa sebagai Rose memberitahu dia dan pasukannya mengambil masa dua minggu untuk mendapatkan nama tersebut. Menurut pelakon berusia 23 tahun itu, mereka mengambil masa yang agak lama disebabkan mahu memastikan tiada produk lain menggunakan jenama yang sama. "Perubahan jenama ini disebabkan isu yang berlaku sebelum ini. Kami jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran. Pihak kami ada hubungi individu itu dan dia nak kekalkan nama jenamanya.
"Jadi saya dan team pun ambil keputusan untuk tukar nama jenama selari dengan pelancaran koleksi raya terbaharu. Memang ambil masa yang agak lama juga nak brainstorming idea nama baharu. "Kami ambil masa dua minggu juga nak dapatkan nama itu. Bila suggest nama, kami akan periksa dulu dekat semua platfrom agar tiada jenama yang sama menggunakan nama itu. "Nama 'Rose' pula memang ramai yang guna... kali ini memang kami lebih berhati-hati. Kesilapan yang sebelum ini dijadikan pengajaran," kata Rose kepada mStar.
|
bondeh: Lahhhhh maknanya benarlah ko m ...
miznora replied at 8-4-2022 04:19 PM
Dah knp style pakai tudung sume mcm gini
madamms1 replied at 8-4-2022 05:25 PM
style pakai tudung ikat belakang tu zaman 80-an hahaha
prince_marhaen replied at 8-4-2022 05:04 PM
muka basic budak instagram mekap tebal gini pun boleh ramai followers...dengan gigi veneer mentosnya ...
ADVERTISEMENT