View: 3704|Reply: 24
|
Tak Nak Jadi Kaki Ciplak, Sharifah Rose Dah Tukar Nama Jenama Tudung
[Copy link]
|
|
Pernah berdepan dengan kontroversi dituduh menciplak jenama produk sedia ada di pasaran, pelakon Sharifah Rose akhirnya menukar nama produknya itu kepada Harīrose.
Menjadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran, Sharifah Rose atau lebih mesra disapa sebagai Rose memberitahu dia dan pasukannya mengambil masa dua minggu untuk mendapatkan nama tersebut.
Menurut pelakon berusia 23 tahun itu, mereka mengambil masa yang agak lama disebabkan mahu memastikan tiada produk lain menggunakan jenama yang sama.
Foto: IG
"erubahan jenama ini disebabkan isu yang berlaku sebelum ini. Kami jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran. Pihak kami ada hubungi individu itu dan dia nak kekalkan nama jenamanya.
"Jadi saya dan team pun ambil keputusan untuk tukar nama jenama selari dengan pelancaran koleksi raya terbaharu. Memang ambil masa yang agak lama juga nak brainstorming idea nama baharu.
"Kami ambil masa dua minggu juga nak dapatkan nama itu. Bila suggest nama, kami akan periksa dulu dekat semua platfrom agar tiada jenama yang sama menggunakan nama itu.
"Nama 'Rose' pula memang ramai yang guna... kali ini memang kami lebih berhati-hati. Kesilapan yang sebelum ini dijadikan pengajaran," kata Rose kepada mStar.
Terdahulu, pelakon drama 3 Nota Cinta itu mengumumkan nama jenama produknya iaitu Harīrose bersama pelancaran koleksi raya di Instagram miliknya pada Jumaat.
Pada Februari lalu, seorang pengguna Twitter mendakwa pelakon itu meniru jenama dengan ejaan berbeza iaitu Sekuntum, namun wujud persamaan pada penggunaan logo tiga kelopak bunga.
Bagaimanapun, Rose tampil menjelaskan dia tidak mengetahui mengenai kewujudan jenama yang diperkatakan itu hinggalah dimaklumkan selepas melancarkan video promosi di laman sosial.
Berkongsi mengenai koleksi tudung raya terbaharu, Rose memberitahu dia dan pasukannya memilih tema Serasi mengikut kesesuaian menyambut hari raya Aidilfitri bersama keluarga dan rakan-rakan.
"Kami ada lima design untuk koleksi raya. Koleksi ini hasil daripada brainstorming saya bersama team. Memang selepas lancar koleksi pertama Februari lalu, kami dah mula plan untuk koleksi raya.
"InsyaAllah tak akan timbul lagi isu ciplak atau tiru. Koleksi kali ini kami memilih tema 'serasi' memandangkan tahun ini kita dapat beraya bersama keluarga dan rakan-rakan.
"Bila berkawan, ada keserasian... jadi dari situlah kami dapat inspirasi untuk hasilkan koleksi raya ini yang baru saja dilancarkan," ujarnya. -CARI
Sumber: mStar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
yg kata panggilan daripada kecil kuntom tu nipulah ye... sah2 kuat propa sama mcm tdg ko gak, kejap tutup kejap bukak |
|
|
|
|
|
|
|
Yelah vivyv2
Harikrishna pun boleh |
|
|
|
|
|
|
|
tudung makin nak terbang lettew.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebelum ni tak buat research & brainstorming dulu ke? Jumpa jenama elok, tukar ejaan sikit, claim jenama sundirik. Yih sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Lahhhhh maknanya benarlah ko mengciplak Tinbo 2.0 |
|
|
|
|
|
|
|
Dah knp style pakai tudung sume mcm gini
|
|
|
|
|
|
|
|
bondeh: Lahhhhh maknanya benarlah ko m ... iols dh type tetibe nampak komen uols same cm iols... So mmg betol la kan... Hahaha. Puas nye nk suh retis ni ngaku. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nama dia ini makin naik memuncak muncak? Siapa yang naikkan nama dia dlm industri. Ada dengar sorang forumer kata ada sister dlm hiburan suka kan dia, and rapat. Itu banyak job walaupun muka basic chuols. Tak ada aura. |
|
|
|
|
|
|
|
muka basic budak instagram mekap tebal gini pun boleh ramai followers...dengan gigi veneer mentosnya... geli betul.. jenis pick me girl sangat.. |
|
|
|
|
|
|
|
style pakai tudung ikat belakang tu zaman 80-an hahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
madamms1 replied at 8-4-2022 05:25 PM
style pakai tudung ikat belakang tu zaman 80-an hahaha
Kannn.. dtg semula fesyen tudung 80-an ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik nye, bkn dia quite famous ke? Likes dia boleh tahan sendu. Bdk skolah pn boleh berpuluh ribu. Di benci netizens ke bdak ni? Haha |
|
|
|
|
|
|
|
Asal dia buka mulut je nampak bimbo, team pun bimbo, serasi lah. Tak paham kenapa org follow akaun2 instafemes spesis seripah ni. Iols selective nak follow sapa, banyaknya yg share resepi senang mudah sedap lain2 harap mekap jual muka besar screen tak bawa manfaat koser nak follow |
|
|
|
|
|
|
|
Mahalllll
Sehelai RM99.00 |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa tudung dia cantik..tak kelihatan seperti tudung acik2 |
|
|
|
|
|
|
|
Muka dia dgn pelakon yg heroin drama tv3 dgn fikri ibrahim tu serupa.. nadira zita ke apa tah nama nya. |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 8-4-2022 05:04 PM
muka basic budak instagram mekap tebal gini pun boleh ramai followers...dengan gigi veneer mentosnya ...
Gigi ori lah chuols
Tak buat veneer pun |
|
|
|
|
|
|
|
Nama brand yg skrg pun tak memorable
Lol. Bye feliciaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Tanya jer...artis ni kalau bertudong memang sejenis akan menjual tudong yer...menyelam sambil minum air |
|
|
|
|
|
|
| |
|