CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dituduh Gugur Kandungan 5 Kali, Dewi Persik Suruh Tunjuk Bukti

8-4-2022 11:19 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1384| Komen: 1|Original author: tatod


Nama penyanyi dangdut yang terkenal di Indonesia, Dewi Perssik, 36, tiba-tiba sahaja hangat diperkatakan apabila timbul dakwaan wanita itu pernah melakukan pengguguran sebanyak lima kali.

Berdasarkan laporan Liputan6, Dewi Perssik yang juga merupakan pelakon itu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

Pemilik nama sebenar Dewi Muria Agung itu bagaimanapun mengakui pernah mengalami keguguran ketika masih bergelar isteri kepada Saipul Jamil. 

Menyifatkan isu tersebut sebagai satu fitnah ke atas dirinya, dia terpaksa tampil membidas tuduhan berkenaan apatah lagi ia membabitkan maruah diri dan keluarga. 


Dewi Perssik mencabar individu yang menyebarkan gosip tersebut tampil dan memberikan bukti bahawa dirinya pernah melakukan perkara seperti yang dikatakan itu.

"Saya pernah mengalami keguguran tetapi bukan sengaja menggugurkan kandungan. Kalau benar saya pernah lakukan itu, tunjukkan bukti. Tunjukkan siapa doktor yang terlibat dan video rakaman kaedah tersebut.

"Saya tidak mahu saksi kerana semua orang boleh buat tuduhan. Kena ada bukti rakaman dan doktor yang melakukan prosedur itu dan hospital mana saya buat untuk sokong tuduhan itu. 

"Saya tidak akan berdiam diri dengan tuduhan ini. Ia membabitkan nama baik keluarga," katanya. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lasagna 8-4-2022 11:53 AM
over laa kalau smp 5 kali wehh.. but we never know kan.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.087207 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top