CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Maafkan Ibu Sayang," Wanita Terkilan Tidak Sedar Bayi 35 Minggu Meninggal Dalam Kandungan

7-4-2022 05:02 PM| Diterbitkan: Cintaerina| Dilihat: 3447| Komen: 36|Original author: Cinta Erina

Sumber: Facebook Kelab Ikhtiar Hamil


Setiap pasangan suami isteri mesti sangat gembira dan bersyukur sekiranya mendapat berita bahawa mereka akan mempunyai cahaya mata tidak lama lagi. Tidak kira anak yang pertama atau yang ketiga, setiap kehamilan akan sentiasa disambut dengan air mata kegembiraan. Ketika tibanya 35 minggu kehamilan, pasti pasangan itu tidak sabar untuk memegang dan melihat wajah bayi mereka yang akan dilahirkan tidak lama lagi. 

Namun, ada juga pasangan yang terpaksa menerima dugaan yang menyakitkan apabila bayi mereka disahkan meninggal dunia di dalam kandungan atau semasa awal kelahiran. Mari kita ikut kisah yang menyayat hati ini. 


Menerusi akaun Facebook Kelab Ikhtiar Hamil, seorang wanita yang dikenali sebagai Emy Salina telah memuat naik perkongsian berkenaan dirinya yang terpaksa menerima kehilangan bayinya ketika dia sedang hamil 35 minggu. 

Loading FB Post...

Menurut wanita ini, pada 2 Ramadhan yang lalu, tepat pada jam 12:30 malam dia merasakan sakit yang mengeras di bahagian perut dan pinggangnya namun dia cuba mencari posisi yang selesa untuk tidur dengan meletakkan bantal di bawah perut. 

Ketika kandungan berusia 35 minggu, pastinya setiap ibu akan berasa sukar untuk tidur kerana bayi akan menjadi aktif terutamanya pada waktu malam. Namun pada hari itu, wanita ini dapat tidur dengan nyenyak sekali dan dia sedar bahawa tiada sebarang gerakan dari bayi itu. 

Apabila bangun tidur, dia terus menyiapkan juadah bersahur dan tidak terfikir bahawa tiada pergerakan langsung dari bayinya. Namun, dia mengaku dia berasa tidak sedap hati sedikit. Oleh kerana pada hari itu dia mempunyai checkup di hospital, dia terus ke sana sebaik sahaja menghantar anaknya ke sekolah. 

Pada awalnya hanya misi sahaja yang membuat scan untuk mendengar pengerakan jantung bayi namun selepas beberapa minit, masih tiada sebarang bunyi. Terus misi di hospital itu memanggil doktor untuk kepastian. 

Namun, selepas doktor membuat pemeriksaan, pihak hospital mengatakan bahawa bayinya telah meninggal di dalam kandungannya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya ketika itu. Terdetik juga difikirannya sekiranya dia pergi ke hospital lebih awal, mesti bayinya dapat diselamatkan. 

Tambah wanita ini, dia berasa sangat berat untuk memberitahu berita ini kepada ahli keluarganya. Namun, suaminya sangat memahami dan menenangkan dirinya. 

Sumber: Facebook Kelab Ikhtiar Hamil

Oleh kerana perut bayi di dalam kandungan telah membuncit, maka pihak hospital terus melakukan pembedahan emergency CZER ke atas wanita ini untuk mengeluarkan bayinya. Selepas sahaja selesai pembedahan, wanita ini meminta untuk menatap wajah bayinya buat kali terakhir namun dia terkilan kerana pihak hospital telah siap melakukan proses pengebumian bersama ahli keluarganya. 

Semoga diberikan kekuatan kepada wanita ini dan keluarganya. Bukan mudah untuk kita menerima kehilangan orang yang tersayang lagi-lagi anak sendiri. Semoga Allah memberi ketenangan kepada mereka sekeluarga. InsyaAllah bayi inilah yang akan menarik tangan ibu bapanya ke syurga kelak. -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tupaiterbang 7-4-2022 06:48 PM

Innalillahhhhh...alfatihah

nak tegur sikit la, sanggup ye parents publish gambar2 anak yg dah meninggal untuk tatapan umum?

Quote djzara81 7-4-2022 07:02 PM
Innalillahi wainnailaihirojiun.
Syurga utkmu baby.
Berkaca mata aku baca luahan ibu itu.
Quote missyL 7-4-2022 07:09 PM
Innalillahiwainnalaihirojiun. Iols nk tgok pn xsanggup gmbr tu.
Xsmpi hati.
Klo iols gmbr2 peribadi cmtu xkn published mane2.
Quote Zack8hunter 7-4-2022 07:18 PM
Member aku ada 2 org yg ada experience stillbirth mcm ni.. dah masuk week 40 lak tu.. terus time wife aku preggy, siap2 aku belikan doppler utk pantau heart beat baby..murah jer kt shopee
Quote Lentera 7-4-2022 07:48 PM
Sedih sgt wehhhh. Tak sempat peluk cium. Allahuakbar..
Quote whimsicalmusic 7-4-2022 08:12 PM
This is too sad..i doakan sesiapa pn yg pernah melalui proses keguguran atau stillbirth diberi kekuatan n redha
Quote airmineral 7-4-2022 09:06 PM
mcmm boleh gugur ek? mcm xperasn je dlm ni dia da bgtau ke sebabnya?
Quote dua_chzy 7-4-2022 09:52 PM
Mayat anak pun boleh jadik content ye sekarang? Apa.

Itu hari sapa ntah upload gambar fetus usia beberapa minggu gugur, ini kali mayat anak selepuk kejung camtu kau boh dalam socmed.

Quote kon2 7-4-2022 11:54 PM
demi konten giteww
Quote Goodluckdontcry 7-4-2022 11:59 PM
Gila gila gila..Dr simpati rs MCM NK memaki...ya Allah, knp dgn manusia2 sekarang ni..ketahuilah mayat Tu Kalau blh berbicara, pasti meminta supaya jgn disebar aibnya..mmm..no further comments..nt den plak tambah dosa memaki...adoii ammaappa..
Quote hashashes 8-4-2022 12:02 AM
Allah, tau ko sedih. Tapi selama aku hidup ni tak pernah lagi tengok orang upload gambar jenazah terang2. Adehhh please la have some common sense. Tu sangat privacy kot. Aku nak baca artikel ni pun dok tutup sikit mata & scroll laju2 taknak bagi nampak pic tu
Quote Goodluckdontcry 8-4-2022 12:04 AM
Klu ko BTL SAYANG anak ko, ko xkan aibkan die dgn meletak gambar sekujur tubuh lesu Di media so SIAL...nak je Aku DOA supaya adik ni xbertemu ngan mak tah ape2 ni kat akhirat kelak SBB mengaibkan anak sndr...tp bkn Aku penentunya...mmm hrp maknya ni sedarlah kebodohan drnya yg ni..mmm
Quote bulanbulat 8-4-2022 12:16 AM
Peliknya snap gambaq boh di fesbuk
Quote EvieWanKenobi 8-4-2022 12:37 AM
Innalillah.. baby yang sama di fb UKVJ ke?[em:9:]
Quote annehuda 8-4-2022 03:39 AM
Maybe ni cara si ibu nak deal with her grief kot. Sesetgh org caranye lain. Apepun takziah pada si ibu dan keluarganya semoga tabah menghadapi dugaan ini
Quote Mulotkoyak 8-4-2022 05:44 AM
Sama kes cm mak aku dlu adik aku dh 8bulan skali meninggal dlm perut.
Quote helicornia 8-4-2022 08:28 AM
Org skrg ni mmg tkde common sense ke.asal bole dpt likes dpt perhatian sume share
Quote mizruncing 8-4-2022 08:44 AM
Allahu sedihnyaaa..... knp meninggal ye?? klu tiba2 ni yg takot ni. tak kuat nak hadap
Quote azimodin 8-4-2022 08:49 AM
Anak aku dilahirkan sebagai "time bomb", bila2 masa boleh pergi. Doctor cakap max 7 hari. Masa dia hidup pon aku ambik gambar sikit je sebab rasa numb giler. Masa baby aku meninggal, aku nak bukak kain kapan nak tengok muka pon x kuat rasanya. Inikan pulak nak ambik gambar. Kot ye pon nak buat kenangan, simpan sendiri je la.

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.436371 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top