Baru-baru ini, viral video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Muhammad Izzat. Menerusi video itu, kelihatan Izzat sedang menunggu isterinya untuk membuka pagar utama taman perumahannya itu kerana isterinya telah bertindak mengunci pagar tersebut. Menurut info, isterinya bertindak sebegitu kerana suaminya pulang lewat ke rumah.
Ini mesti kes suaminya selalu pulang lewat ke rumah sehingga menyebabkan isterinya berani bertindak sedemikian. Kunci pintu rumah boleh diterima lagi, tetapi pintu utama taman perumahan? Kalau setiap hari macam ni habis jadi roadblock nak masuk ke taman perumahan itu. Di pengakhiran video itu kelihatan raut wajah isterinya seperti mahu marah suaminya, tetapi suaminya tidak takut malah sempat mengatakan di ruangan kapsyen bahawa jika video yang dimuat naik olehnya itu viral, maka dia akan berkahwin dua. Siap cakap lagi dia tidak takut untuk membuat keputusan itu. Kini video itu telah mendapat hampir 1.4 juta tontonan di Tiktok dan meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa isterinya berani seperti kaklong kawasan dan ada juga yang bertanyakan adakah isterinya itu ketua persatuan taman perumahan kerana dia mempunyai kunci kepada pintu utama itu. |
whimsicalmusic: Ke mmg ade curfew? Selalu pagar cmtu diorg kunci pukul 11 cmtu kn..tp ade entrance lain
ADVERTISEMENT