Jutawan kosmetik, Dato Seri Vida tampil memberikan penjelasan selepas terdapat netizen yang mempersoalkan dirinya yang tidak makan bersama dengan pembantu rumah sewaktu berbuka puasa kerana tidak setaraf.
Menerusi hantaran di Instagram, DSV menjelaskan bahawa dia memberi makan pada pembantu rumahnya pada waktu yang sama dengannya makan ketika berbuka. “Yang mengejutkan saya, tiba-tiba video story durasi 15 saat itu VIRAL di TikTok dengan caption: ‘BIBIK MAKAN MEJA LAIN, TAK SETARAF’. Apa masalah bibik makan tak semeja dengan saya? Awak nak dia duduk atas riba saya ke? Saya bagi bibik makan waktu saya makan juga, waktu berbuka dia makan di meja sana. Saya makan di meja sini dengan tenangnya.”
Tambahnya lagi, DSV turut menjelaskan bahawa pembantu rumahnya turut makan bersama dengan kakaknya yang dikenali sebagai Mok Jah seperti satu keluarga.
|
Belibis replied at 7-4-2022 08:47 PM
Sebijik iman toye..
kakigebang replied at 8-4-2022 05:36 AM
elok jugak bibik dok meja lain, bibik pun tak segan2 nak melantak..boleh gak bibik sama bibik nak me ...
ADVERTISEMENT