CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2082|Reply: 13

"Nak Bibik Duduk Atas Riba Saya Ke?" -DS Vida

[Copy link]
Post time 7-4-2022 03:49 PM | Show all posts |Read mode
Jutawan kosmetik, Dato Seri Vida tampil memberikan penjelasan selepas terdapat netizen yang mempersoalkan dirinya yang tidak makan bersama dengan pembantu rumah sewaktu berbuka puasa kerana tidak setaraf.


Menerusi hantaran di Instagram, DSV menjelaskan bahawa dia memberi makan pada pembantu rumahnya pada waktu yang sama dengannya makan ketika berbuka.


Foto: IG




“Yang mengejutkan saya, tiba-tiba video story durasi 15 saat itu VIRAL di TikTok dengan caption: ‘BIBIK MAKAN MEJA LAIN, TAK SETARAF’.


Apa masalah bibik makan tak semeja dengan saya? Awak nak dia duduk atas riba saya ke? Saya bagi bibik makan waktu saya makan juga, waktu berbuka dia makan di meja sana. Saya makan di meja sini dengan tenangnya.”


Tambahnya lagi, DSV turut menjelaskan bahawa pembantu rumahnya turut makan bersama dengan kakaknya yang dikenali sebagai Mok Jah seperti satu keluarga.




  



“Saya tak faham la. Lagipun bibik makan dengan kakak saya (Mok Jah). Macam satu family. Masalah ke? Apa masalah sebenarnya?”


“Saya faham zaman sekarang orang nak VIRAL sampai sanggup buat CONTENT CONTENT sebegini tanpa usul periksa sehingga mengundang fitnah dan kecaman.


Kalau tak ada perkara baik yang nak dikongsikan dan diperkatakan, lebih baik diam."




  



Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan dengan pendapat DSV malah ada yang meminta DSV untuk tidak mengambil peduli terhadap kecaman yang dilemparkan padanya.


“Biar ajela netizen nak cakap apa pun dato.”


“Seeloknya bibik biar makan berasingan. Kak setuju dengan DSV”


“Kalau saya pun lebih suka makan di meja berasingan lebih selesa. Bibik ni kalau kita bagi muka sangat lain jadinya.”




  



Terlalu ramai pihak yang sanggup menghasilkan konten tanpa sebarang usul periksa hingga mencetuskan fitnah dan kecaman. Benar apa yang dikatakan oleh DSV itu. Adalah lebih baik untuk berdiam diri jika tidak ada perkara baik untuk dikongsikan. -CARI


Sumber: Murai.my
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2022 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Haha win sgt ayat dia duduk atas riba
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebijik iman toye..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 02:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Asalkan ada content je kan?

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
elok jugak bibik dok meja lain, bibik pun tak segan2 nak melantak..boleh gak bibik sama bibik nak membawang time makan,
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Alaaahh macam la nitizens yg memekak tu maid makan semeja dengan diaorg
Ok la tu makan asing  dah nama pun pembantu rumah bukan adik beradik. Poyo betul nitizens
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2022 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jawapan tu. Nak duduk atas riba ke
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 07:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2022 08:06 AM | Show all posts
kakigebang replied at 8-4-2022 05:36 AM
elok jugak bibik dok meja lain, bibik pun tak segan2 nak melantak..boleh gak bibik sama bibik nak me ...

tapi aku agak pelik..kenapa kakak dia ( mok jah ) tu pon tak makan sekali dgn dia..kena duduk meja dgn bibik?..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 08:49 AM | Show all posts
lantak la..bibik dia..
kesah plak korang..bukan korang bayar gaji dia pon..
makan pon bermeja...even lain2 table pon.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 09:21 AM | Show all posts
buat julung2 kalinya aku menyokong tok bidah
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 10:53 AM | Show all posts
buat la macam mana pon mesti akan ada orang cari salah kita juga..lumrah manusia
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 10:56 AM | Show all posts
tapi bibik aku pun suka makan kt meja lain.
bknnya kami tak ajak pun makan kt meja sama.
agaknya dorang selesa lagi la kot.
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2022 03:44 PM | Show all posts
kali ni bidah btol..tp ai tetap x suke nak tgk muke die..ampunkan daku..hahahaha takut la tgk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 05:10 PM GMT+8 , Processed in 1.487175 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list