PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos untuk jemaah Muassasah menunaikan ibadat haji pada tahun ini (1443H/2022M) akan meningkat kepada lebih RM25,000 berbanding RM22,900 sebelum ini untuk seorang susulan peningkatan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi.
Peningkatan 12 peratus itu mengambil kira peningkatan Cukai Tambah Nilai yang telah dinaikkan daripada lima peratus kepada 15 peratus dan beberapa caj perkhidmatan tambahan, tidak mengambil kira pelbagai peningkatan kos dengan prosedur operasi standard (SOP) baharu yang akan dilaksanakan tahun ini. Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, kos haji yang meningkat saban tahun disebabkan faktor inflasi di Arab Saudi, pergerakan mata wang asing, pengenalan caj dan cukai baharu, penambahbaikan perkhidmatan serta pembangunan di Mekah dan Madinah. “TH menjangkakan kos ini akan terus meningkat pada masa hadapan namun setakat ini, TH masih meneruskan bantuan kewangan haji kepada semua jemaah Muassasah yang mengerjakan haji buat kali pertama. “Selain itu, TH telah mengekalkan kadar bayaran haji sebanyak RM9,980 sejak 13 tahun yang lalu walaupun kos untuk menunaikan haji telah meningkat setiap tahun. Dalam tempoh 2001 sehingga 2019, bayaran haji telah meningkat 16 peratus manakala kos haji pula telah melonjak sebanyak 139 peratus disebabkan faktor luar kawalan TH. “Rekod TH menunjukkan RM2 bilion telah diberikan kepada jemaah haji dalam bentuk bantuan kewangan haji sejak 2001,” jelasnya melalui satu kenyataan hari ini. Tambahnya, kos haji adalah kos langsung yang dibayar bagi mendapatkan perkhidmatan untuk menunaikan ibadat berkenaan seperti penerbangan dan penginapan yang merangkumi kira-kira 70 peratus daripada kos keseluruhan. “Kos-kos lain antaranya termasuk sajian makanan, pengangkutan bas, khemah di Arafah dan Mina serta perkhidmatan Mutawif selama 40 hingga 45 hari. “Hampir kesemua perkhidmatan ini disediakan di Arab Saudi dan terkesan dengan kenaikan Cukai Tambah Nilai dan kadar inflasi di sana,” katanya. – CARI Sumber: Kosmo
|
lurve82 replied at 8-4-2022 05:37 AM
Nk tny..klu ppuan peod camne eh masa haji? Lupa dah…dulu aku gi umrah amik injection…mmg xdtg la… ...
esbok replied at 8-4-2022 08:38 AM
IRSYAD AL-FATWA HAJI DAN KORBAN SIRI KE-36: HUKUM JIKA WANITA DATANG HAID KETIKA MELAKSANAKAN IBAD ...
lurve82 replied at 8-4-2022 05:37 AM
Nk tny..klu ppuan peod camne eh masa haji? Lupa dah…dulu aku gi umrah amik injection…mmg xdtg la… ...
cm_vungtau replied at 7-4-2022 08:27 PM
Kalau first time masih 9k lebih kan?
lasagna replied at 8-4-2022 10:50 AM
amek pill tahan period tu jer sis, Noculut namanya. iols aritu p umrah bulan feb aritu beli la bua ...
lurve82 replied at 9-4-2022 04:58 AM
Oooo noculut namanya..
ADVERTISEMENT