Ketika berada di rumah ibunya, dia menerima panggilan daripada suaminya namun apabila dijawab, tidak ada balasan daripada lelaki itu.
Dia memutuskan panggilan telefon selepas mendengar suaminya bercakap dengan seseorang dalam loghat Sabah.
"Saya dengar dia cakap 'aku sayang kau bah'. Saya hairan dan putuskan talian telefon kemudian saya call dia semula. Sebaik saja saya tanya dia bercakap sayang dengan siapa, dia terus bergegas menemui saya.
"Dia akhirnya mengaku ada skandal. Bukan satu atau dua, saya sendiri tidak tahu berapa ramai sebenarnya. Kami akhirnya memilih pun berpisah," katanya.
Tambahnya lagi, pada saat suaminya melafazkan cerai ke atas dirinya, lelaki itu juga tidak mengaku bahawa anak dalam kandungan Adiba adalah anak kandungnya.
Sudah lama terdetik dalam hatinya bahawa lelaki yang dicintainya itu sebenarnya berlaku curang. Dia ada bertanyakan perkara tersebut kepada suaminya namun persoalan berkenaan tidak terjawab.
"Saya kemudian mengikut adik-adik ke Korea untuk mencuba nasib mencari pekerjaan di sana. Saya nekad berhenti bekerja sebagai CSR (Customer Service Representative) di sebuah syarikat di Petaling Jaya. Bagaimanapun, saya terpaksa pulang kerana alami morning sickness," katanya.
Walaupun kejadian itu berlaku pada 2017, namun parut luka lama masih berbekas di hatinya. Dia berkongsi kisah kehidupannya di TikTok agar dapat dijadikan iktibar buat ibu tunggal di luar sana.
Wanita yang menjalankan perniagaan ikan talapia salai itu hidup bahagia berdua dengan anaknya, Adriana Azzalea Muhammad Abrar yang berusia empat tahun. -CARI