CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hafiz Hamidun Gembira Hamdee Hafiz Rasmi Jadi Anak Angkatnya

7-4-2022 10:28 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1176| Komen: 6|Original author: tatod


Penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun menzahirkan kegembiraannya apabila Hamdee Hafiz, anak yang diasuhnya sejak dua tahun lalu akhirnya secara rasmi menjadi anak angkatnya.

Dia turut lega dan bersyukur kerana segala urusan membabitkan pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berjalan dengan lancar.

Berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram semalam (Rabu), Hafiz turut berterima kasih kepada semua orang yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan anak jagaannya itu.

"Alhamdulillah, selepas lebih dua tahun Hamdee dalam jagaan saya, hari ini (semalam) rasmi Hamdee sebagai anak angkat saya. Urusan di JPN dipermudahkan. Syukur.

"Terima kasih kepada semua yang terus mendoakan Hamdee. Semoga Hamdee akan terus mendapat kasih sayang yang sempurna sampailah dewasa nanti," tulisnya.


Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar penyanyi yang popular dengan lagu Kasih Padamu itu menjadi seorang bapa yang bertanggungjawab serta penyayang.



Pelakon Adam Corrie dan penyanyi Zizi Kirana antara rakan artis yang turut gembira atas perkongsian berita tersebut.

Untuk rekod, Hafiz pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 namun pasangan itu bercerai pada 25 Oktober tahun yang sama. -CARI



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 7-4-2022 10:59 AM
harap jaga elok-elok, jangan ajar yang bukan-bukan ye, jangan membenci wanita... gittewww pesanan meols kepada penasyid nonok vibes kategori daddy twink...
Quote mizruncing 7-4-2022 11:42 AM
tahniah n semoga dipermudahkan
Quote matbad 8-4-2022 02:12 AM
beliau ni bottom ke? mcm semacam
Quote adeqbun 8-4-2022 08:15 AM
amik anak angkat pastu kalau ade otesen lama2 ,hantar kg..x mcm menyusahkan ke..laki bekerjaya yg amik anak angkat sejenis dah aim xnak kawen kot..kalau x,baik fokus cari jodoh je..
Quote hasniey 8-4-2022 10:30 AM
adeqbun replied at 8-4-2022 08:15 AM
amik anak angkat pastu kalau ade otesen lama2 ,hantar kg..x mcm menyusahkan ke..laki bekerjaya yg am ...

Seram kot nak kawen lain.kang trkena joy repah 2.0 brtahun org bercerita psl dia
Quote adeqbun 8-4-2022 11:05 AM
hasniey replied at 8-4-2022 10:30 AM
Seram kot nak kawen lain.kang trkena joy repah 2.0 brtahun org bercerita psl dia

haih...kamon laa..seram smpi gitu skali..mcm misteri pon ade

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.061118 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top