CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Individu Boleh Didenda RM100,000 Atau Penjara Jika Pelitup Muka Tiada Cop SIRIM

7-4-2022 07:55 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8864| Komen: 120

Pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewartakan produk itu berkuat kuasa 4 April.


KPDNHEP dalam kenyataan hari ini menyebut, penandaan MS SIRIM hendaklah diperoleh pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd, iaitu pihak berkuasa yang dilantik kementerian.

Menurut KPDNHEP, pewartaan itu bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan mahupun diimport mematuhi standard keselamatan ditetapkan.



"Penandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan.

"Pewartaan ini adalah inisiatif kerajaan prihatin atas semangat Keluarga Malaysia bagi menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.

"KPDNHEP berharap isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti dalam pasaran negara akan dapat diatasi dengan pematuhan standard oleh pengilang dan pengimport," kata kementerian itu.

Pewartaan itu dibuat dalam Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan), di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Menurut kementerian itu, tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pengilang dan pengimport. 


Loading FB Post...

Syarikat yang tidak mematuhi arahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.

Bagi individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi selama tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rockafella 7-4-2022 08:18 AM
Individu yang dimaksudkan adalah peniaga tetapi tidak berdaftar dengan SSM. Bukan individu yang tak menjual face mask. Apa pun ini semua poyo sebab dah 2 tahun pandemik, baru skg SIRIM nak buat kerja? Selama ni SIRIM tidur ke?

Ada yang kata ini semua berkaitan dengan Jovian Pharmacy. So, faham-faham sajalah.
Quote orkid_amani 7-4-2022 08:42 AM
Naya seller shopee Lazada yg borong mask china banyak2 tu .kalau customer beli pun boleh pakai ka mask tu nti?
Quote glump 7-4-2022 08:50 AM
Abis kalau mask Kain tu kena letak sirim gak..banyak tempat dah tak perlu pakai mask pun
Quote hyie 7-4-2022 08:55 AM
Rockafella replied at 7-4-2022 08:18 AM
Individu yang dimaksudkan adalah peniaga tetapi tidak berdaftar dengan SSM. Bukan individu yang tak  ...

tak bagitau pun orang dah boleh bau
Quote asudau 7-4-2022 08:57 AM
pengguna yang dah beli banyak2 mask ni macam mana...tak boleh le buat macam tu...mask beli kat farmasi pun mana ada cop sirim sekarang ni kan...

Quote nazurah 7-4-2022 09:00 AM
Tanda halal pun orang tipu... apalah sangat tanda SIRIM ni.
Quote MoonRise 7-4-2022 09:13 AM
Menyusahkan la. Org beli mask mur2 ja sekarang. Benda pakai buang.
Better duit lebih tu buat beli makanan.
Quote asma87 7-4-2022 09:23 AM
Pakat2 borong mask menantu mail jom!
Quote Simunggu 7-4-2022 09:25 AM
yg jual jenis kain mcm tiada sirim ja...bukan apa, jenis pakai buang tu dah jadi masalah bersepah sepah sana sini jadi sampah, itu yg membuatkan saya x mau pakai jenis pakai buang...environmental awareness sangat kan..
Quote kepompong 7-4-2022 09:27 AM
masa musim pandemik mmg gigih beli medical mask yg kt pharmacy. skrg dah endemik, hentam je la beli kat mana2 . asalkan ada
Quote kepompong 7-4-2022 09:32 AM
hohohooooo confirm la bembrg jovian pharmacy semua senang2 dpt kelulusan sirim, mma, mmc etc . Dah kabel kan


amboi mael lambong. kalau ye pun jgn la obvious sgttttt
Quote makadek 7-4-2022 09:38 AM
Hotak diaaaa
Quote nellyberry 7-4-2022 09:39 AM
Bodoh ke bodo nih?
Dah berapa tahun pandemik, kenapa dah nak masuk fasa endemik baru keluar pasal isu kena ada logo SIRIM pulak?
Dulu kerajaan kata nak bagi mask free sampai sekarang i tak dapat pun, kena beli sendiri je.
Of courselah cari yg mur-mur sbb pakai 4 jam then buang, kena selalu tukar.
Ada logo SIRIM surelah mahal.
Jangan nak menambah beban rakyat boleh tak?
Quote lurve82 7-4-2022 09:43 AM
hey patutnya xyah dh pki mask lg...tp iols cukurrr jgk pki mask mggu ni sbb baru lepas laser kulit muka..habis bengkak bengkil...mask menyelamatkan iols...
Quote Supersirap 7-4-2022 09:49 AM
Apa bende ni? nak buat kelakar lagi lah tew
Quote chandrahusin 7-4-2022 09:51 AM
kepala otak!
aku pakai mask free dapat dr mana2 lps beli brg
Quote TulenBang 7-4-2022 10:05 AM
ada beza ke yg cop sirim dgn cop cina?
Quote renko 7-4-2022 10:11 AM
cubaan nak naik harga ke
Quote mamajawie 7-4-2022 10:15 AM
aku x paham dari fashion designer terus ada pharmaceutical..bodo guna kabel

Lihat semua komen(120)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.052396 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top