View: 7326|Reply: 120
|
Individu Boleh Didenda RM100,000 Atau Penjara Jika Pelitup Muka Tiada Cop SIRIM
[Copy link]
|
|
Pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan diwajibkan membuat permohonan perakuan dan penandaan MS SIRIM pada kotak atau bungkusan yang mudah dilihat pengguna apabila Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mewartakan produk itu berkuat kuasa 4 April.
KPDNHEP dalam kenyataan hari ini menyebut, penandaan MS SIRIM hendaklah diperoleh pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd, iaitu pihak berkuasa yang dilantik kementerian.
Menurut KPDNHEP, pewartaan itu bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan mahupun diimport mematuhi standard keselamatan ditetapkan.
"enandaan MS SIRIM pada pelitup muka bukan perubatan menunjukkan ia telah mematuhi standard, berkualiti dan selamat digunakan.
"ewartaan ini adalah inisiatif kerajaan prihatin atas semangat Keluarga Malaysia bagi menjaga kesejahteraan rakyat dan melindungi kepentingan pengguna.
"KPDNHEP berharap isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti dalam pasaran negara akan dapat diatasi dengan pematuhan standard oleh pengilang dan pengimport," kata kementerian itu.
Pewartaan itu dibuat dalam Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan), di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Menurut kementerian itu, tindakan penguatkuasaan boleh diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan oleh pengilang dan pengimport.
Syarikat yang tidak mematuhi arahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM500,000.
Bagi individu boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kali kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tidak melebihi selama tempoh lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber: BH Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Individu yang dimaksudkan adalah peniaga tetapi tidak berdaftar dengan SSM. Bukan individu yang tak menjual face mask. Apa pun ini semua poyo sebab dah 2 tahun pandemik, baru skg SIRIM nak buat kerja? Selama ni SIRIM tidur ke?
Ada yang kata ini semua berkaitan dengan Jovian Pharmacy. So, faham-faham sajalah. |
|
|
|
|
|
|
|
Naya seller shopee Lazada yg borong mask china banyak2 tu .kalau customer beli pun boleh pakai ka mask tu nti? |
|
|
|
|
|
|
|
Abis kalau mask Kain tu kena letak sirim gak..banyak tempat dah tak perlu pakai mask pun |
|
|
|
|
|
|
|
tak bagitau pun orang dah boleh bau
|
|
|
|
|
|
|
|
pengguna yang dah beli banyak2 mask ni macam mana...tak boleh le buat macam tu...mask beli kat farmasi pun mana ada cop sirim sekarang ni kan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tanda halal pun orang tipu... apalah sangat tanda SIRIM ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Menyusahkan la. Org beli mask mur2 ja sekarang. Benda pakai buang.
Better duit lebih tu buat beli makanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pakat2 borong mask menantu mail jom! |
|
|
|
|
|
|
|
yg jual jenis kain mcm tiada sirim ja...bukan apa, jenis pakai buang tu dah jadi masalah bersepah sepah sana sini jadi sampah, itu yg membuatkan saya x mau pakai jenis pakai buang...environmental awareness sangat kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
masa musim pandemik mmg gigih beli medical mask yg kt pharmacy. skrg dah endemik, hentam je la beli kat mana2 . asalkan ada |
|
|
|
|
|
|
|
hohohooooo confirm la bembrg jovian pharmacy semua senang2 dpt kelulusan sirim, mma, mmc etc . Dah kabel kan
amboi mael lambong. kalau ye pun jgn la obvious sgttttt |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh ke bodo nih?
Dah berapa tahun pandemik, kenapa dah nak masuk fasa endemik baru keluar pasal isu kena ada logo SIRIM pulak?
Dulu kerajaan kata nak bagi mask free sampai sekarang i tak dapat pun, kena beli sendiri je.
Of courselah cari yg mur-mur sbb pakai 4 jam then buang, kena selalu tukar.
Ada logo SIRIM surelah mahal.
Jangan nak menambah beban rakyat boleh tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
hey patutnya xyah dh pki mask lg...tp iols cukurrr jgk pki mask mggu ni sbb baru lepas laser kulit muka..habis bengkak bengkil...mask menyelamatkan iols... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa bende ni? nak buat kelakar lagi lah tew |
|
|
|
|
|
|
|
kepala otak!
aku pakai mask free dapat dr mana2 lps beli brg |
|
|
|
|
|
|
|
ada beza ke yg cop sirim dgn cop cina? |
|
|
|
|
|
|
|
aku x paham dari fashion designer terus ada pharmaceutical..bodo guna kabel |
|
|
|
|
|
|
| |
|