|
Tular sebuah klip video di media sosial Indonesia kerana memaparkan situasi empat pemuda disimbah air ketika meronda di sekitar kawasan perumahan untuk mengejutkan penduduk bangun bersahur, lapor laman berita Suara.com.
Video dirakam salah seorang penduduk di kawasan perumahan itu dimuat naik pada akaun Instagram bernama @indoviral8. Menerusi video berkenaan, kelihatan empat remaja lelaki sedang memukul gendang yang diletakkan di sebatang lorong jalan. Mereka meletakkan gendang yang besar itu betul-betul di hadapan pintu sebuah rumah lalu memukulnya dengan kuat.
Tidak lama kemudian, penghuni rumah tersebut membuka pintu rumahnya lalu menyimbah air ke arah empat remaja lelaki terbabit.
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
11-2-2026 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.034544 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.