CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mia Ahmad Belajar Al-Quran Bersama Suami, "Saya Tau Hangpa Takmau Tau Pun"

6-4-2022 11:39 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2072| Komen: 9

Pelakon Mia Ahmad tampil berkongsi dengan peminat mengenai dirinya dan suami yang merupakan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi Roslan yang telah mengikuti kelas Al-Quran sejak dua tahun yang lalu.


Menerusi hantaran di Instagram, Mia dilihat memuatnaik video yang memaparkan suaminya yang sedang mengikuti kelas Al-Quran bersama seorang Ustaz dan menjelaskan bahawa hantaran yang dimuat naik bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.


Foto: IG

“Dua tahun yang lalu, selepas saya dan suami sama-sama mempelajari kelas Al-Quran. Post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan ya tapi just sharing jouney kami bersama sempena bulan Al-Quran ini dan juga sebagai menghargai @kopiah_afik_ni dalam kesabran dia mengajar kami berdua. Terima kasih Ustaz.”


Tambahnya lagi, Mia turut menyatakan bahawa itu adalah memori terindah buatnya sepanjang perkahwinannya bersama Izham serta menitipkan harapan agar menjadi inspirasi buat keluarga di luar sana.



“Yang pasti ni lah memori paling terindah dalam perkahwinan kami. Ya Saya tau hangpa takmau tau pun. Just sharing hopefully dapat beri inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk sama-sama kita menuju Jannatul Firdausi. Amin.”

Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji dengan perkongsian Mia yang dikatakan telah memberi inspirasi mereka untuk terus kekal istiqamah.



“Allahumma aamin. Saya suka Mia sharing macam ni, sebab Mia juga kekadang bagi inspirasi untuk saya terus kekal beristiqamah. TQ Mia.”

“Keep sharing Mia..Sama-sama kita usaha mencari hidayah Allah.”

“Alhamdullillah. Suka sharing kak mia sekarang. Semoga kak mia sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.”



Sekadar info, Mia Ahmad dan Izham Tarmizi telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa dan seorang cahaya mata perempuan, Iris. -CARI

Sumber: Murai.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 6-4-2022 11:48 AM
Iols pun syukur miakayu pencen berlakon lepas kawen dan tak rasa nak baling kayu ke tv lagi. Till jannah
Quote auntyonion 6-4-2022 11:54 AM
Oklah tu dia share dgn fans dia..aku bkn fans dia so aku x dulik..dia pn xde buat kontroversi. So xde nak cerca..kalau umie billie ainjaruslah aku hencap
Quote prince_marhaen 6-4-2022 12:17 PM
Miakayu bukan artis lagi...so..?
Quote black_handbag 6-4-2022 12:26 PM
semlm tertengok live dia ni. tak sangka dia ni bingit juga ye. terpekik2 jual sampin. mesti bingit kan dalam rumah klu bergaduh atau dia membebel. xsgnka pulak anak tiber speech delay dgn mulut mak mcm ni. mesti mak jns tgk hp je anak disua ipad dgn tv je
Quote babelina 6-4-2022 02:05 PM
ayooo.. hrtu tgk citer dulu2 dia blakon.. apoooooo...  mmg kayu la..
Quote umbut 6-4-2022 03:03 PM
Produk lain takda.. Terpaksalah mia kayu up status paling terpalingggggggggg hari2
Quote azimodin 6-4-2022 06:42 PM
Retis ke? Setakat WAGs je pon
Quote nakkomenjugak 6-4-2022 08:18 PM
haaa tahu pun
dah tu?
Quote lavendernovella 6-4-2022 10:59 PM
Dia berlakon apa jer?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:19 PM GMT+8 , Processed in 0.069708 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top