View: 1584|Reply: 9
|
Mia Ahmad Belajar Al-Quran Bersama Suami, "Saya Tau Hangpa Takmau Tau Pun"
[Copy link]
|
|
Pelakon Mia Ahmad tampil berkongsi dengan peminat mengenai dirinya dan suami yang merupakan penjaga gol Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi Roslan yang telah mengikuti kelas Al-Quran sejak dua tahun yang lalu.
Menerusi hantaran di Instagram, Mia dilihat memuatnaik video yang memaparkan suaminya yang sedang mengikuti kelas Al-Quran bersama seorang Ustaz dan menjelaskan bahawa hantaran yang dimuat naik bukanlah untuk menunjuk-nunjuk.
Foto: IG
“Dua tahun yang lalu, selepas saya dan suami sama-sama mempelajari kelas Al-Quran. Post ini bukan untuk menunjuk-nunjuk kebaikan ya tapi just sharing jouney kami bersama sempena bulan Al-Quran ini dan juga sebagai menghargai @kopiah_afik_ni dalam kesabran dia mengajar kami berdua. Terima kasih Ustaz.”
Tambahnya lagi, Mia turut menyatakan bahawa itu adalah memori terindah buatnya sepanjang perkahwinannya bersama Izham serta menitipkan harapan agar menjadi inspirasi buat keluarga di luar sana.
“Yang pasti ni lah memori paling terindah dalam perkahwinan kami. Ya Saya tau hangpa takmau tau pun. Just sharing hopefully dapat beri inspirasi kepada keluarga di luar sana untuk sama-sama kita menuju Jannatul Firdausi. Amin.”
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji dengan perkongsian Mia yang dikatakan telah memberi inspirasi mereka untuk terus kekal istiqamah.
“Allahumma aamin. Saya suka Mia sharing macam ni, sebab Mia juga kekadang bagi inspirasi untuk saya terus kekal beristiqamah. TQ Mia.”
“Keep sharing Mia..Sama-sama kita usaha mencari hidayah Allah.”
“Alhamdullillah. Suka sharing kak mia sekarang. Semoga kak mia sekeluarga sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT.”
Sekadar info, Mia Ahmad dan Izham Tarmizi telah mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017 dan pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa dan seorang cahaya mata perempuan, Iris. -CARI
Sumber: Murai.my
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols pun syukur miakayu pencen berlakon lepas kawen dan tak rasa nak baling kayu ke tv lagi. Till jannah |
|
|
|
|
|
|
|
Miakayu bukan artis lagi...so..? |
|
|
|
|
|
|
|
semlm tertengok live dia ni. tak sangka dia ni bingit juga ye. terpekik2 jual sampin. mesti bingit kan dalam rumah klu bergaduh atau dia membebel. xsgnka pulak anak tiber speech delay dgn mulut mak mcm ni. mesti mak jns tgk hp je anak disua ipad dgn tv je |
|
|
|
|
|
|
|
ayooo.. hrtu tgk citer dulu2 dia blakon.. apoooooo... mmg kayu la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Produk lain takda.. Terpaksalah mia kayu up status paling terpalingggggggggg hari2 |
|
|
|
|
|
|
|
Retis ke? Setakat WAGs je pon |
|
|
|
|
|
|
|
haaa tahu pun
dah tu?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|