Isu peniaga terpaksa menaikkan sedikit harga makanan bagi menampung modal menarik perhatian pelakon Azhan Rani yang turut memberi pandangan mengenai perkara tersebut.
Menganggap ia satu ujian kecil di bulan Ramadan, Azhan, atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani, yakin peniaga mempunyai sebab menaikkan harga selain mempercayai kuasa beli di tangan pembeli. Malah pelakon berusia 46 tahun ini berkata, setiap individu mempunyai kebebasan untuk memilih sama ada membeli atau berjimat dengan cara masak sendiri di rumah. "Anggap saja ujian kecil Ramadan. Yang berniaga pasti ada sebab kenapa perlu naikkan harga. Menteri-menteri pun ada keluar kenyataan katanya payah nak kawal harga naik. Itu yang aku baca la semalam.
"Namun aku percaya kuasa beli masih pada pembeli. Ada orang yang memang terpaksa membeli. Ada pula yang jenis sekadar nak meraikan hak kebebasan buat ramai kat bazar Ramadan setelah dua tahun terikat dengan segala SOP musim pandemik. "Boleh saja tak beria membeli. Ada saja jalan berjimat, masak sendiri ke, hantar mangkuk tingkat kosong rumah girlfriend ke. Ikhtiar hidup tu banyak," kata Azhan.
|
timah03 replied at 5-4-2022 05:55 PM
Masalahnya nak naik tu, naik la...
Yg masak tak sedap tu dah knpppp...
Lepas tu cepat benar la basi ...
Nham22: Iolss paling benci tgk makanan ...
Nham22 replied at 5-4-2022 09:58 PM
Iolss paling benci tgk makanan jualan mcm gambar kat atas tu jual terbukak mcm tuu.. Di susunnye sem ...
bottombikini replied at 5-4-2022 10:23 PM
ramai gak followers dia ni ek
yes pertahankan kuasa membeli
ADVERTISEMENT