CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1112|Reply: 10

Azhan Rani Ajak Orang Ramai Viralkan Peniaga Yang Tak Naikkan Harga Jualan

[Copy link]
Post time 5-4-2022 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Isu peniaga terpaksa menaikkan sedikit harga makanan bagi menampung modal menarik perhatian pelakon Azhan Rani yang turut memberi pandangan mengenai perkara tersebut.


Menganggap ia satu ujian kecil di bulan Ramadan, Azhan, atau nama sebenarnya Azhan Abdul Rani, yakin peniaga mempunyai sebab menaikkan harga selain mempercayai kuasa beli di tangan pembeli.


Malah pelakon berusia 46 tahun ini berkata, setiap individu mempunyai kebebasan untuk memilih sama ada membeli atau berjimat dengan cara masak sendiri di rumah.




Foto: IG




"Anggap saja ujian kecil Ramadan. Yang berniaga pasti ada sebab kenapa perlu naikkan harga. Menteri-menteri pun ada keluar kenyataan katanya payah nak kawal harga naik. Itu yang aku baca la semalam.


"Namun aku percaya kuasa beli masih pada pembeli. Ada orang yang memang terpaksa membeli. Ada pula yang jenis sekadar nak meraikan hak kebebasan buat ramai kat bazar Ramadan setelah dua tahun terikat dengan segala SOP musim pandemik.


"Boleh saja tak beria membeli. Ada saja jalan berjimat, masak sendiri ke, hantar mangkuk tingkat kosong rumah girlfriend ke. Ikhtiar hidup tu banyak," kata Azhan.


  



Pelakon yang popular menerusi drama Nur itu berkongsi pandangannya itu menerusi laman Instagram miliknya pada Selasa.


Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapatnya itu malah segelintir peniaga juga berkongsi pengalaman mereka yang masih meletakkan harga makanan yang sama seperti tahun-tahun sebelum.


Dalam pada itu, Azhan berharap semua orang menggunakan kuasa viral dengan betul agar peniaga yang masih bertahan dengan harga lama dapat menjadi tumpuan.




  



  



"Tapi aku rasa kuasa viral ni kadang-kadang boleh juga membantu. Aku percaya masih ada peniaga walaupun tak ramai tapi masih bertahan dengan harga lama dan prihatin rakyat.


"Kalau korang jumpa apa kata cuba kuasa viral tu. Kongsikan dengan orang ramai. Bila tempat-tempat macam tu jadi tumpuan manala tahu peniaga lain pun boleh ikut sama beri harga munasabah semula.


"Kita pernah laungkan #kitajagakita dulu. Tok sah (tak payah) tuding-tuding jari dah. Apa kata kita sama-sama zahirkan slogan tu," ujarnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 05:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je yg xnaikkan harga. Tp dorang kecilkan portion, saiz kecilkan, kuantiti kurangkan. Jd sama je mahal kekdahnya... Kita sbg pngguna je kena pandai memilih n kalau ko nk beli, beli jela. Rezeki peniaga tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalahnya nak naik tu, naik la...
Yg masak tak sedap tu dah knpppp...
Lepas tu cepat benar la basi nyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
timah03 replied at 5-4-2022 05:55 PM
Masalahnya nak naik tu, naik la...
Yg masak tak sedap tu dah knpppp...
Lepas tu cepat benar la basi  ...

Param kan mmg tempat org taktau masak meniaga makanan. Kalau xda org beli harap jgn salahkan ain.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolss paling benci tgk makanan jualan mcm gambar kat atas tu jual terbukak mcm tuu.. Di susunnye semue terbukak... Pastu di biar nya lamaaaa terbukak... Bodoh punye peniaga jenis berjual mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nham22: Iolss paling benci tgk makanan ...


Dah lama saya nak tanya kenapa peniaga Melayu jual nasi ayam macam itu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2022 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni saya beli 2 ketul lemang RM6, serunding RM23 dan 300gm rendang daging RM30.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 10:23 PM | Show all posts
ramai gak followers dia ni ek

yes pertahankan kuasa membeli
ini tidak, korang2 ni mudah sgt simpati
nak tolong bangsa la ape la
pastu balik rumah merempan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2022 07:33 AM | Show all posts
Nham22 replied at 5-4-2022 09:58 PM
Iolss paling benci tgk makanan jualan mcm gambar kat atas tu jual terbukak mcm tuu.. Di susunnye sem ...

setuju. aku memang tak beli kalau makanan terdedah macam tu. pengotor
sanggup la aku jalan dari hujung bazaar ke hujung bazaar nak tengok mana kedai bersih, cara letak makanan bersih, bertutup elok, takde lalat, baru aku beli makanan. last resort, beli murtabak, tapi nak yang baru masak, yang aku nampak depan mata aku, terus bungkus. tak nak yang dah siap dimasak kat tepi tu.

kadang2 balik bawa dadih je.. baik la aku berbuka kat kedai makan dari beli kat bazaar tapi biar makanan terdedah kat orang ramai gitu..  
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 5-4-2022 10:23 PM
ramai gak followers dia ni ek

yes pertahankan kuasa membeli

Tapi yang like 500-600, tak sampai 1%… sedih.. gitu.. follower I yang tak berapa pun mesti ada like 1-2k ah gitu bangga diri
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2022 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Smlm iols dpt mi johor lps terawih..bila buka nk mkn, kuah dh bau basi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:23 AM GMT+8 , Processed in 0.392731 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list