Mira Filzah mengambil kelas antenatal iaitu kelas ibu mengandung sebagai persediaan sebelum bersalin yang dijangka pada awal Mei ini. Mira, 29, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, dengan usia kandungan sudah mencecah lebih lapan bulan, dia juga lebih bersedia dari segi mental dan fizikal terutama sepanjang Ramadan ini.
"Dari segi persediaan kelengkapan bayi, saya dan suami pun tak bersedia apa-apa lagi. Saya juga sedang sibuk. Kadang-kadang bila seharian menjalani penggambaran esok tu memang akan penat. Begitu juga suami. "Cuma, dari segi persediaan peribadi, saya ada tempah kelas antenatal iaitu kelas persediaan sebelum bersalin dan juga kelas penyusuan susu ibu. Saya ada ambil kelas itu secara 'private session'. Kelas itu akan bermula dalam bulan ini selepas semua kerja saya selesai," katanya kepada Harian Metro.
Berkongsi mengenai keadaan dirinya yang masih bekerja walaupun sedang sarat mengandung, Mira berkata, dia masih larat dan kuat. "Selalu apabila saya pergi kerja suami akan hantar dan ambil. Dari segi kesihatan saya okay, maksudnya saya cergas untuk kerja seharian walaupun penggambaran dari pagi sampai malam. Suami lega sedikit bila tengok keadaan saya dalam keadaan baik. "Dia sentiasa mesej tanya keadaan dan lain-lain. Dia selalu pesan suruh jaga diri macam tu," katanya.
Mira dan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar berkahwin pada 3 September 2020. -CARI Sumber: Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|