Sudah menjadi kebiasaan bagi ramai orang untuk melakukan amal ibadah lebih banyak sepanjang bulan Ramadan berbanding hari-hari biasa kerana ingin mengejar pahala berlipat ganda pada bulan yang penuh berkat ini.
Perkara itu turut dilakukan oleh aktres dan pendakwah bebas, Laudya Cynthia Bella yang mengambil keputusan untuk 'berehat' daripada dunia media sosial. Hal itu dilakukan agar dirinya pengisian hariannya lebih fokus pada kebaikan bulan puasa ini.
Menerusi laporan Kompas, akaun Instagram yang memiliki 35.8 juta pengikut itu sepenuhnya akan dikendalikan oleh pihak admin.
"Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan Ihtisab maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni (HR Imam Al Bukhari dan Imam Muslim).
"InsyaAllah, sepanjang Ramadan, Instagram saya akan dikendalikan oleh pihak admin. Sampai kita jumpa lagi. Selamat beribadah teman-temanku," tulisnya.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat kepada wanita itu menitipkan komen positif bersetuju dengan keputusan yang dilakukannya. -CARI