"Cukuplah dengan dua pingat yang diterima dari istana itu." Tidak pernah terlintas di benak pengarah dan pelakon berkaliber Sabri Yunus, 61, untuk mengharapkan dirinya mendapat gelaran Datuk.
Katanya kepada Harian Metro, dia bersyukur dengan dua pingat dimilikinya yang dianugerahkan Istana Pahang pada 2004 dan Istana Kelantan (2014). "Apa nama pingatnya, biarlah saya saja yang tahu tapi alhamdulillah, syukur. Dah ada dua pingat itu, bagi saya amat bermakna untuk dijadikan kenangan. Manakala gelaran Datuk, memang saya tak fikir pun.
"Saya juga tidak pernah ditawarkan lagi gelaran itu (Datuk) darpadai mana-mana negeri setakat ini. Pada saya, rasa susah juga nak menggalas gelaran itu nanti," katanya. Bukan apa, bimbang dirinya menjadi 'orang lain' apabila mendapat gelaran berkenaan. "Tapi, kalau nak beri saya kemudahan-kemudahan bekerja dan berkarya, saya memang naklah. Jika ada kerajaan nak beri tanah atau tempat untuk mudahkan saya bekerja itu lebih utama daripada gelaran. "Kalau gelaran Datuk itu, hanya untuk saya seorang. Tapi, jika dapat kemudahan tempat bekerja, lokasi dan dana, ia boleh saya kongsi dengan ramai orang untuk berkarya. Gelaran bukan keutamaan pada saya," katanya. Tegas dengan pendiriannya itu, Sabri juga menegaskan bahawa dia mungkin akan menolak tawaran gelaran itu jika menerimanya. - CARI
|
Mulotkoyak replied at 5-4-2022 06:19 AM
Ape sgt sumbangan? Kalo xnk xperlu sebut atau bg hint.
ADVERTISEMENT