CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1159|Reply: 7

Sabri Yunus tak kejar Datuk, bukan perli siapa2

[Copy link]
Post time 5-4-2022 12:18 AM | Show all posts |Read mode
Sabri Yunus tak kejar Datuk


Sabri Yunus.

Kuala Lumpur: Pengarah dan pelakon berkaliber, Sabri Yunus, 61, tidak pernah terfikir dan berharap dirinya mendapat gelaran Datuk.

Sabri berkata, dia sudah bersyukur apabila mendapat dua anugerah pingat sebelum ini iaitu dari Istana Pahang pada 2004 dan Istana Kelantan (2014).

"Apa nama pingatnya, biarlah saya saja yang tahu tapi alhamdulillah, syukur. Dah ada dua pingat itu, bagi saya amat bermakna untuk dijadikan kenangan. Manakala gelaran Datuk, memang saya tak fikir pun.

"Saya juga tidak pernah ditawarkan lagi gelaran itu (Datuk) darpadai mana-mana negeri setakat ini. Pada saya, rasa susah juga nak menggalas gelaran itu nanti. Jadi, cukuplah dengan dua pingat yang diterima dari istana itu," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Sabri, dia juga bimbang jika dirinya menjadi 'orang lain' apabila mendapat gelaran berkenaan. "Tapi, kalau nak beri saya kemudahan-kemudahan bekerja dan berkarya, saya memang naklah. Jika ada kerajaan nak beri tanah atau tempat untuk mudahkan saya bekerja itu lebih utama daripada gelaran.

"Kalau gelaran Datuk itu, hanya untuk saya seorang. Tapi, jika dapat kemudahan tempat bekerja, lokasi dan dana, ia boleh saya kongsi dengan ramai orang untuk berkarya. Gelaran bukan keutamaan pada saya," katanya.

Menurut Sabri yang kini meledak dengan drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti, dia juga kemungkinan akan menolak tawaran gelaran itu jika menerimanya.

Drama Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti sebanyak 16 episod diarahkan Sabri kini ditayangkan di Astro Ria dari Isnin hingga Khamis jam 11 malam yang dibarisi pelakon lain seperti Wan Hanafi Su, Eman Manan, Farid Kamil, Issey Fazlisham, Saidi Sabri, Zee Khan Hussein dan ramai lagi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... nus-tak-kejar-datuk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape sgt sumbangan? Kalo xnk xperlu sebut atau bg hint.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 06:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk tajuk drama pun geli geleman
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 07:34 AM | Show all posts
Dia mcm better as actor than director.. aku suka cite hat depa kena sumpah jd lembut tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:54 AM | Show all posts
Mulotkoyak replied at 5-4-2022 06:19 AM
Ape sgt sumbangan? Kalo xnk xperlu sebut atau bg hint.

hint buat mana2 sultan boleh la bagi title datuk tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 10:11 AM | Show all posts
megah holding aka mustapa kamal senyum sinis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2022 11:28 AM | Show all posts
Betul gak klo bagi tanah ke? Aku pun nak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-4-2022 11:54 AM | Show all posts
elok je... DATUK ke TAN KE WHYBI KE jnji jd MANUSiA yg elok2 dah ckup... ni ada PANGKAT tp serupa barbie perangai...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 33910 Replies : 750
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 220706 Replies : 627
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 105856 Replies : 4662
Datuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira kahwin dengan lelaki kaya
RalineDatuk Red dah tak ada duit, pasrah Adira
Views : 11072 Replies : 15
AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah anda?
Tinot7AcikPor Mendonia di Threads. Setujukah a
Views : 31797 Replies : 15
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 140969 Replies : 1491
Hanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pinggang ketika memandu.Apa yang berlaku?
YgBenarHanya 25 % rakyat Malaysia pakai tali pi
Views : 13880 Replies : 3
Shukri Yahaya sengaja kusutkan rambut untuk buat penonton benci
RalineShukri Yahaya sengaja kusutkan rambut un
Views : 9903 Replies : 11
Acikpor vs. Ngai, menanti penerbangan khas di balai ketibaan
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, menanti penerbangan kh
Views : 177686 Replies : 6133
Harga emas dijangka catat paras tertinggi baru RM434.19 segram
RalineHarga emas dijangka catat paras tertingg
Views : 20764 Replies : 129

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:29 AM GMT+8 , Processed in 0.064956 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list