Pernah cuba berpuasa ketika mula bertapak di industri muzik Malaysia, penyanyi Han Byul mengakui ia satu pengalaman yang indah, namun bukan mudah.
Memahami norma hidup masyarakat berbilang agama di negara ini, Han Byul, 31, berkata dia menghormati rakan-rakan Muslim yang sedang berpuasa dengan mengelakkan diri daripada makan dan minum di hadapan mereka. "Sebelum ini saya pernah cuba berpuasa untuk sebuah program di televisyen. "Ia bukan satu yang mudah kerana perlu menahan lapar dan dahaga pada siang hari. Saya rasakan sangat susah.
"Tahun ini tidak ada perancangan untuk berpuasa, namun saya amat memahami rakan-rakan yang menjalani ibadah puasa dan tidak akan makan atau minum di depan mereka," katanya. Bukan hanya memahami budaya dan cara hidup masyarakat di Malaysia, juara Big Stage musim kedua ini juga dilihat semakin fasih bercakap dalam Bahasa Melayu. Selain mengikuti kelas pembelajaran sejak lima bulan lalu, Han Byul juga akan cuba untuk menggunakan bahasa Melayu dalam percakapan harian supaya menjadi lancar. Dalam masa sama, Han Byul yang berasal dari Korea Selatan memberitahu semakin selesa untuk meneruskan kerjaya seninya di negara ini. "Saya sudah menjalani banyak penggambaran program televisyen tempatan. "Sekarang lebih selesa untuk teruskan kerjaya di sini. Saya amat berbesar hati kerana diterima baik dalam indutsri seni Malaysia," jelasnya. Sumber: mStar
|
lasagna replied at 5-4-2022 12:10 AM
alaaa awk bkn nya wajib brpose pun dik non.. ehh dia kat korea dah kan? sket lg ada laa yg mnjemput ...
Themilo replied at 5-4-2022 08:17 AM
heols bukankah memang ada di Mesia sis? bulan lepas elok jaa jadi juri kat Big Stage
Redmyvi replied at 4-4-2022 11:33 PM
Netizen malaysia punya toxic sampai retis bukan islam pun rihsauu kalau tak puasa di bulan ramadhan. ...
Redmyvi replied at 5-4-2022 07:33 AM
Netizen malaysia punya toxic sampai retis bukan islam pun rihsauu kalau tak puasa di bulan ramadhan. ...
Mulotkoyak replied at 5-4-2022 06:28 AM
Xperlu laaaa nk puasa... Nk ikut trend utubers bagai. Be urself... Yg fans pun xperlulahh nk suh die ...
ADVERTISEMENT