CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1443|Reply: 14

'Pernah Cuba, Susah Sangat' - Han Byul Tak Puasa Tahun Ini

[Copy link]
Post time 5-4-2022 05:31 AM | Show all posts |Read mode
Pernah cuba berpuasa ketika mula bertapak di industri muzik Malaysia, penyanyi Han Byul mengakui ia satu pengalaman yang indah, namun bukan mudah.


Memahami norma hidup masyarakat berbilang agama di negara ini, Han Byul, 31, berkata dia menghormati rakan-rakan Muslim yang sedang berpuasa dengan mengelakkan diri daripada makan dan minum di hadapan mereka.




Kredit foto: Han Byul




"Sebelum ini saya pernah cuba berpuasa untuk sebuah program di televisyen.


"Ia bukan satu yang mudah kerana perlu menahan lapar dan dahaga pada siang hari. Saya rasakan sangat susah.


"Tahun ini tidak ada perancangan untuk berpuasa, namun saya amat memahami rakan-rakan yang menjalani ibadah puasa dan tidak akan makan atau minum di depan mereka," katanya.


Bukan hanya memahami budaya dan cara hidup masyarakat di Malaysia, juara Big Stage musim kedua ini juga dilihat semakin fasih bercakap dalam Bahasa Melayu.




Kredit foto: Han Byul




Selain mengikuti kelas pembelajaran sejak lima bulan lalu, Han Byul juga akan cuba untuk menggunakan bahasa Melayu dalam percakapan harian supaya menjadi lancar.


Dalam masa sama, Han Byul yang berasal dari Korea Selatan memberitahu semakin selesa untuk meneruskan kerjaya seninya di negara ini.


"Saya sudah menjalani banyak penggambaran program televisyen tempatan.


"Sekarang lebih selesa untuk teruskan kerjaya di sini. Saya amat berbesar hati kerana diterima baik dalam indutsri seni Malaysia," jelasnya.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 06:02 AM | Show all posts
ko dah kenapa dik
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Xperlu laaaa nk puasa... Nk ikut trend utubers bagai. Be urself... Yg fans pun xperlulahh nk suh die pose bagai. Nk tny pose bagai. Suka hati dia la. Aduyaiii kepam sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 07:18 AM | Show all posts
habislah han byul di-melayu-kan neerakazen nanti
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 07:33 AM | Show all posts
Netizen malaysia punya toxic sampai retis bukan islam pun rihsauu kalau tak puasa di bulan ramadhan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel lah muka dia..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-4-2022 08:10 AM | Show all posts
alaaa awk bkn nya wajib brpose pun dik non.. ehh dia kat korea dah kan? sket lg ada laa yg mnjemput dia ke msia balik, suka lahhh hakaq sherry.. hihihihi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:13 AM | Show all posts
laaa..kenapa disuruh hyan byul posa pulak? sukanya han byul ni..kalau jadi juri pun komen2 semua bernas je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-4-2022 08:17 AM | Show all posts
lasagna replied at 5-4-2022 12:10 AM
alaaa awk bkn nya wajib brpose pun dik non.. ehh dia kat korea dah kan? sket lg ada laa yg mnjemput  ...

heols bukankah memang ada di Mesia sis? bulan lepas elok jaa jadi juri kat Big Stage
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:20 AM | Show all posts
Themilo replied at 5-4-2022 08:17 AM
heols bukankah memang ada di Mesia sis? bulan lepas elok jaa jadi juri kat Big Stage

ohhh ada sini dah ke? time dia jari juri kat Big Stage tu tak ter-tgk plak dia ada. meaning mmg dia ada program laa tu bila lepak sini. maklum laa dah endemic so mudah sikit procedure nk masuk msia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Redmyvi replied at 4-4-2022 11:33 PM
Netizen malaysia punya toxic sampai retis bukan islam pun rihsauu kalau tak puasa di bulan ramadhan. ...

Hahahah.. Ini lawakk
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 10:00 AM | Show all posts
Aku ada follow semalam budak2 jepun satu group diorang puasa dah 2 hari dah.. pandai pulak cakap melayu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mentality netz Mulayu Melesia mmg yg dorang tahu dlm dunia ni cuma ada bngsa Mlayu & ugama Islam je. Pdahal dlm dunia ni bnyk je bngsa & ugama yg brlainan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Redmyvi replied at 5-4-2022 07:33 AM
Netizen malaysia punya toxic sampai retis bukan islam pun rihsauu kalau tak puasa di bulan ramadhan. ...


Mentality ummah Mulayu Melesia mmg stakat tu je, klau tgur nnti mngamuk 7 hri 7 malam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2022 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Mulotkoyak replied at 5-4-2022 06:28 AM
Xperlu laaaa nk puasa... Nk ikut trend utubers bagai. Be urself... Yg fans pun xperlulahh nk suh die ...

Pastu nanti surg HB ni khwin org Mlayu plak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 12:08 AM GMT+8 , Processed in 0.069727 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list