CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sempadan Malaysia-Singapura Dah Dibuka Tapi Hisyam Hamid Tak Dapat Balik Sebab Kerja

4-4-2022 02:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1690| Komen: 11|Original author: Tatod


Sempadan negara sudah dibuka sejak 1 April lalu, namun aktor kelahiran Singapura, Hisyam Hamid reda menyambut Ramadan jauh dari isteri dan anak-anaknya kerana masih terikat dengan jadual kerja yang padat.

Menerusi laporan Mstar, walaupun rindu untuk menyambut ketibaan Ramadan bersama keluarganya, Hisyam bagaimanapun terpaksa menangguhkan niatnya untuk pulang ke Singapura.

"Apabila sempadan negara dibuka, ia sepatutnya memudahkan saya untuk pulang ke Singapura untuk bertemu dengan keluarga.



"Namun, saya terpaksa tangguhkan hasrat kerana jadual kerja yang padat. Ini tahun kedua saya berpuasa jauh dari keluarga dan saya tak boleh buat apa-apa. Inilah pengorbanan yang saya lakukan.

"Bagaimanapun, saya bercadang untuk pulang ke sana seminggu sebelum raya, " katanya yang kali terakhir pulang ke Singapura pada Disember lalu.

Sejak seluruh dunia dilanda wabak Covid-19, hanya tiga kali sahaja pelakon itu dapat balik bertemu dengan keluarganya. Malahan, dia pernah menanggung rindu selama 13 bulan kerana kesukaran untuk bertemu dengan mereka.

"Walaupun ada alat teknologi yang canggih untuk komunikasi tetapi rasa itu tidak sama seperti berada di depan mata.


"Adakalanya saya rasa down dan perlu teman berbual tetapi semua itu hanya dapat dilakukan menerusi panggilan telefon atayu video sahaja.

"Sejujurnya, berjauhan dengan keluarga memberikan cabaran bukan terutama sekali mental," katanya. 

Terdahulu, Hisyam mendirikan rumah tangga dengan Rosmawati Hanafi pada September 2006. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Nurish Syameliah dan Hayden. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dejure 5-4-2022 01:25 AM
Kecoh betul la mamat sorang ni..mcmlah jauh sangt.drive pon lebih kurang 4 jam aje perjalanan.
Quote lattehazelnut 5-4-2022 04:38 AM
Bawak je la anak bini ke sini
Ke takut kantoi scandal
Biasa yg beriya sgt ni sbb nak tutup rasa bersalah
Quote Nana_Man 5-4-2022 09:39 AM
Takkn naik vtl flight pun tak mampu?
Weekend pun anak bini bole masuk kl jap..
Quote deebiz14 5-4-2022 09:55 AM
Ah-la-sannn...
Quote prince_marhaen 5-4-2022 09:56 AM
heloknya lahai... kalah aaeron peti ais terpaling malaysian citizen tu...
Quote orglama 5-4-2022 11:58 AM
kawen je la satu lagi...buat peneman kat sini
Quote ezacbee 5-4-2022 02:00 PM
Nana_Man replied at 5-4-2022 09:39 AM
Takkn naik vtl flight pun tak mampu?
Weekend pun anak bini bole masuk kl jap..

Kannnn.. Macam2 alasan. Bukan jauh sangat. Sembang cam dok london, padahal pulau kecik je.
Quote SherryZass 5-4-2022 03:24 PM
Ada ke orang tanya dia tu?? gigihlah nak justify
Quote Nana_Man 6-4-2022 04:37 AM
ezacbee replied at 5-4-2022 02:00 PM
Kannnn.. Macam2 alasan. Bukan jauh sangat. Sembang cam dok london, padahal pulau kecik je.

Aku baru teringat skrg takyah vtl vtl lagi. Haha.
Punya lah lagi senang nk jumpa anak bini.
Quote mzzenma 6-4-2022 05:14 AM
Dia cakap je gitu.. lagipun dah pernah balik sana berapa kali sebelum ni. First time dia balik masa dpt rentas dulu ada video.. anak2 pun dah besar panjang.

Dia ni herlok betul..
Quote dejure 6-4-2022 07:56 AM
mzzenma replied at 6-4-2022 05:14 AM
Dia cakap je gitu.. lagipun dah pernah balik sana berapa kali sebelum ni. First time dia balik masa  ...

Mmglah herlok sbb dia pon muda lg.tunggu bila umur dah cecah mcm tok aaron tu.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 01:07 PM GMT+8 , Processed in 0.064712 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top