Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar dijangka akan mempertahankan jawatan naib presiden disandangnya sebelum ini pada pemilihan parti PKR pada Mei ini.
Sumber mendedahkan, Nurul Izzah bakal membuat pengumuman mengenainya dalam beberapa hari lagi walaupun sebelum ini ada spekulasi mendakwa beliau tidak akan bertanding mana-mana jawatan kali ini. Beliau yang pernah menang jawatan Naib Presiden PKR sebelum ini dengan undian paling tinggi dikatakan akan menerajui arus perjuangan baharu dalam pemilihan kali ini.
“Kemunculan Nurul Izzah yang dilihat bergandingan bersama dengan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam beberapa siri forum dan temu bual di media mengesahkan lagi desas-desus dalam kalangan ahli serta menarik perhatian ramai untuk mengetahui hala tuju politik Puteri Reformasi itu. “Kehadiran beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Gombak dipimpin oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari seolah-olah memberi bayangan tentang adanya satu gerakan sedang digemblengnya. “Ingat ya, PKR telah mencatatkan prestasi buruk dalam tiga siri PRN baru-baru ini dengan kekalahan demi kekalahan malah kepimpinan Datuk Seri Anwar (Ibrahim) menjadi persoalan serta mendapat tekanan dari pimpinan tertinggi gabungan Pakatan Harapan (PH) sendiri. “Kemerosotan sokongan ketara itu telah menimbulkan wacana dan kesedaran ahli serta penyokong tentang perlunya parti menonjolkan barisan kepimpinan baru lebih segar, berwibawa serta dinamik untuk memacu PKR menjadi parti diyakini rakyat,” kata sumber itu panjang lebar.
|
spankee_fili replied at 1-4-2022 01:51 PM
Gituh.. nanti parti menang menyorok dalam gua kan Izzah & Piji?
anony-mous replied at 1-4-2022 06:07 PM
Xde tulur mcm tu la. Xhingin dah undi lg sekali. Kita undi ingatkan 2 ekor ni nk bawak perubahan. ...
spankee_fili replied at 1-4-2022 06:11 PM
Najib tulur dalam handbag pun lagi berani kan
Ni pakat keluar balik sebab jadi pembangkang m ...
harizs replied at 1-4-2022 06:05 PM
Parti Keluarga Rapat
ADVERTISEMENT