CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Lelaki Warga Emas, Dua Wanita Ditahan Bantu Siasatan

1-4-2022 11:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 680| Komen: 0

Dua wanita ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh lelaki warga emas di Jalan Pasar, Pudu dekat sini, Sabtu lalu.

Kedua-dua wanita warga asing masing-masing berusia 45 dan 49 tahun ditahan sepasukan polis Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi dalam serbuan antara 3.45 petang hingga 8.43 malam semalam.


Gambar hiasan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, polis  menerima laporan dari petugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memaklumkan menerima seorang lelaki berusia 70 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri sebagai pesakit pada 11.55 malam, Sabtu lalu.

Menurut beliau, hasil pemeriksaan awal mendapati lelaki berkenaan mengalami kecederaan di muka serta dada dan dimasukkan ke dalam wad untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, lelaki tersebut disahkan meninggal dunia pada 2.55 petang, kelmarin.

“Siasatan dilakukan mendapati mangsa dipercayai dipukul pada 2 pagi, Sabtu lalu sebelum ditemukan terbaring dan tidak sedarkan diri di kaki lima sebuah premis di Jalan Pasar,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Noor Dellhan berkata, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 6 April ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ujar beliau, siasatan awal mendapati motif kejadian akibat cemburu.

“Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak terbabit dengan sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-26002222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:44 PM GMT+8 , Processed in 0.154928 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top