CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angkut Kelengkapan Rumah Kerana Kecewa Isteri Minta Cerai

1-4-2022 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1209| Komen: 4

Gara-gara sakit hati isteri meminta cerai, seorang lelaki di wilayah Jawa Tengah mengambil semula barangan kelengkapan rumah yang dihadiahkan kepada wanita berkenaan, lapor laman berita Suara.com.


Berdasarkan klip video yang tular, lelaki itu dan ahli keluarganya  pergi ke rumah keluarga bekas isterinya dengan membawa sebuah lori.


Lelaki tersebut bersama ahli keluarganya pergi ke rumah keluarga bekas isterinya dengan membawa sebuah lori. – Facebook Nok Ipeh

Mereka kemudian mengambil semua hadiah yang diberikan ketika berkahwin dan memuatkannya ke dalam lori tersebut.

Antara yang diambil adalah almari serta beberapa barangan kelengkapan rumah yang lain.

Kekecohan yang berlaku pada waktu malam itu turut disaksikan oleh jiran tetangga dengan ada yang bersorak dan marah melihatkan kelakuan lelaki tersebut.

Tindakan itu dikatakan diambil kerana lelaki berkenaan tidak dapat menerima keputusan isterinya yang ingin berpisah dengannya selepas rumah tangga mereka mengalami masalah.

Video tersebut menjadi tular, manakala ramai netizen memberikan pelbagai komen.

“Rasa sakit hati ada kalanya boleh menghilangkan kewarasan akal fikiran,” kata seorang pengguna.

“Kenapa buat begitu? Kalau sudah namanya hadiah, ia sudah menjadi hak milik isteri walau apa juga masalah yang berlaku,” ujar seorang lagi.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 1-4-2022 11:02 AM
Rajin betul reporter2 cari yg tak seberapa pandai buat gaji tak berkat dengan bukak benang dari indon.. macam penting sangat cerita indon ni..
Quote Punat_button 1-4-2022 09:11 PM
amik serba separuh ja dek. almari separuh, peti sejuk separuh, baju2 kelawar separuh.

Quote spankee_fili 3-4-2022 09:22 AM
Buruk siku..
Quote MissVixen 3-4-2022 09:49 AM
Patutlah cerai

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.184403 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top