CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kedai Mamak Tak Buka 24 Jam Sebab Kurang Pekerja, Orang Tempatan Tak Nak Kerja Sebab Tak Standard

1-4-2022 10:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3289| Komen: 46

IPOH: Walaupun kedai makan dibenarkan beroperasi 24 jam mulai hari ini, namun banyak kedai makan, termasuk kafe dan restoran mamak, tidak dapat mengambil peluang itu sepertimana sebelum pandemik COVID-19 melanda negara.


Mereka mengambil keputusan untuk menunggu sehingga kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing berikutan kurangnya sambutan daripada pekerja tempatan.

Kebanyakan kafe dan restoran mamak yang pernah beroperasi 24 jam sebelum pandemik COVID-19 belum berupaya berbuat demikian.

Foto: Awani

Pengarah Urusan Restoran Nasi Vanggey, Ahamed Azlanshah Saiful Jaafar Sadik mendakwa kalangan pekerja tempatan tidak sudi bekerja di restoran walaupun ditawarkan pelbagai kemudahan.


"Kita tak boleh buka 24 jam sebab kekurangan pekerja. Kita sekarang fokus kepada pekerja tempatan.

"Walaupun kita bagi hostel, EPF, Socso, mereka masih tak sudi bekerja di sini sebab mereka rasa 'jatuh standard'.

"Jadi susah juga dapat pekerja tempatan untuk kerja restoran mamak ni. Sekarang kita tunggu kerajaan bagi kelulusan pekerja asing.

"Kalau kita dah dapat pekerja asing, insya-Allah kita boleh fokus kepada 24 jam," kata Ahamed Azlanshah.

Pengusaha Restoran M Salim, Muhammad Nazrin Ehsan Mohamed Salim

"Kami memerlukan lebih ramai lagi pekerja untuk beroperasi selama 24 jam. Jadi kami harap kerajaan dapat segerakan permohonan pekerja asing untuk kami teruskan perniagaan restoran kami.

"Walaupun kami fokus kepada pekerja tempatan dengan banyak faedah dan gaji lumayan, yang datang interview kerja cuma dua tiga hari, kemudian mereka hilang, lesap macam itu saja," kata Muhammad Nazrin Ehsan.

Pandangan sama turut disuarakan Penyelia Tam And Teh Cafe Muhammad Firdaus Omar.

"Bila ada pekerja asing, boleh rotate sama-sama kita.

"Bila bagi peluang untuk warga tempatan kerja, mereka datang dua tiga hari, lepas itu terus tak datang.

"Macam pekerja asing, mereka akan datang untuk bekerja. Mereka ada macam 'kontrak' dengan kita," kata Muhammad Firdaus.

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan negara akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ bermula 1 April 2022 yang antara lain membenarkan operasi kedai makan 24 jam, mengikut syarat lesen. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote swimswim 1-4-2022 02:53 PM
Kedai mamak pun nk bersuap jugak.
Quote saviour_09 1-4-2022 03:20 PM
alasan semata2 nak ejas masuk segala tok nenek pekerja india dia

propa
Quote mejaputih 1-4-2022 03:22 PM
Aalasan! Pdhal nk push gomen utk bwk masuk ramai dari india..cukup2 la pendatang ramai2 ni..rimas..dan org tak kisah dah pun kalau xleh bukak 24j..live a healthy life
Quote annehuda 1-4-2022 03:26 PM
bkn tak standard tapi sebab dilayan macam bukan manusia. kedai mamak tmpt aku ni owner pasang cctv bukan sbb nak elak kene rompak tapi sebab nak skodeng sape pekerja yg duduk masa keje. kesian plak aku tgk
Quote harizs 1-4-2022 03:35 PM
jangan benarkan pekerja asing wlpn apa pun alasan n putaq belit mamak2 ni semua.  krjn jgn jd bodoh mengalah. lagi bagus kedai2 mamak ni tutup & bungkus semua klu degil
Quote Skuau 1-4-2022 03:40 PM
Edited by Skuau at 1-4-2022 03:42 PM

"dulu saiya mamak kerja la..itu hari banjir...Msia worang banyak kasi itu baju sama masjid..saiya angkat...pigi jual sama Msia worang la..sendiri..meniaga...apa mau kerja mamak"-Abangla
Quote zuriey 1-4-2022 04:07 PM
Aku pg breakfast haritu setgh jam tunggu depa ambil order..penat aku dok lambai2 panggil sekoq pun tak pandang..apa lagi aku jerit je menggelupur casher dia yg dtg ambil order.
Quote ifanonline 1-4-2022 04:08 PM
mamak is so yesterday...now orang masak sendiri di rumah...
Quote miss_white 1-4-2022 04:32 PM

Xhbs2 bertuhan kn duit
Sb tu nk bukak 24 jam
Kalo tutup kol 12 mlm boleh melingkop kot

Suruh je anak beranak ko keje

Quote anony-mous 1-4-2022 06:20 PM
India n china ni kaum plg cheapskate dlm dunia. Dgn majikan cina, tgk nasib. Tp klau majikan india mmg boleh kata pasti kedekut. Sapa lah nk keje dgn india
Quote hyie 1-4-2022 06:29 PM
hari tu meols saja la tanya anney kedai mamak ni, pasnbi bukak 24jam ke? heshe kata sampai 12am sajork sebab tak cukup staf. Takda maknanya diorang nak amik ummah local yach.
Quote takayama 1-4-2022 06:31 PM
bgslah kurang sikit org melepak kt kedai mamak esp ms bln poser nnt
dan hrp gomen pun pantau kedai mamak yg suka buat drive thru time ramadhan
Quote monreyes 1-4-2022 06:38 PM
baguslah...
nanti ramai geng plastik hitam
Quote najib888 1-4-2022 06:59 PM
Cukup2 la kedai makan 24 jam ni.. salah satu punca org Malaysia gemok gedempoi.. yg keja kilang shif tu, bagi ja cafe/kantin beroperasi 24 jam.  Lain2 kedai makan, katup
Quote abangbikerz 1-4-2022 07:14 PM
Aku sendiri sbgi majikan skrg blh confirmkan yg mmg inilah masalah dgn pekerja tempatan. Keje sebulan dpt gaji cabut. Bukan ada push2 stress2 apa2 sgt pon. Yg die dok pikir nak keje kerajaan.
Quote bulan_gerhana 1-4-2022 08:26 PM
annehuda replied at 1-4-2022 03:26 PM
bkn tak standard tapi sebab dilayan macam bukan manusia. kedai mamak tmpt aku ni owner pasang cctv b ...

ye betul... baru je je sembang dengan member husband iols.. dia pernah keje kedai mamak sebelum ni... iols punya la ckp.. org kita yg x nak keje dgn mamak.. soo dia pun perbetulkan ayat iols... dia ckp.. keje kedai mamak teruk..... tokey takkan bagi pekerja dia duduk walau seminit..  ada yg siap buat cctv nak pantau... kalau x siap la ko... keje dah la 12 jam.. kalau betul2 penat... pekerja derang akan masuk toilet.. itu je lah time dia bole duduk.. itu pun mana bole duk lama2 dlm toilet.. pas tu iols merenung naseb... ohh gitu rupenye...
Quote gigahertz 1-4-2022 11:49 PM
abangbikerz: Aku sendiri sbgi majikan skrg blh confirmkan yg mmg inilah masalah dgn pekerja tempatan. Keje sebulan dpt gaji cabut. Bukan ada push2 stress2 apa2 sgt ...

keje kerajaan sabtu ahad cuti. balik sharp time.
kalau tengok kedai mamak tu tak perasan bila mamak tu berenti.
Quote gigahertz 1-4-2022 11:50 PM
bulan_gerhana replied at 1-4-2022 12:26 PM
ye betul... baru je je sembang dengan member husband iols.. dia pernah keje kedai mamak sebelum ni ...

kalau orang ramai tak la rasa penat sangattapi kalau orang takde main diri je mmg penat giler.
Quote jfq 1-4-2022 11:56 PM
Sejak bila tah trend kedai mkn 24jam ni.
If we can live without it for the last 2 yrs, tak perlu pun nak revive.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-9-2024 09:36 AM GMT+8 , Processed in 0.077704 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top