Ipoh: Lelaki Bangladesh maut selepas tersepit dalam mesin pemampat kertas di sebuah kilang kitar semula di Jalan Lahat, Menglembu, di sini, malam tadi.
Pada kejadian kira-kira 7 malam itu, Yousuf Abu, 35, yang juga pekerja di kilang itu disahkan maut di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, keterangan awal daripada rakan senegara mangsa mendapati mangsa dijumpai terbaring di tepi mesin mampat kertas dalam keadaan berdarah. Katanya, hasil siasatan awal bagaimanapun mendapati insiden tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
"Tiada luka-luka akibat pergelutan atau luka mempertahankan diri pada si mati," katanya menerusi kenyataan. hari ini. Beliau berkata, justeru itu, kes diklasifikasi sebagai mati mengejut membabitkan kemalangan di tempat kerja. -CARI Sumber: Harian Metro
|
tripleid replied at 1-4-2022 10:36 AM
takziah..haritu kena hempap dgn tong pasir.bangladesh jugk
Skuau replied at 1-4-2022 02:55 PM
ini mcm olang kelija kita mau...lor...Msia olang...pemalas-tauke lor..
tripleid replied at 1-4-2022 03:35 PM
Melayu nk keja dlm ekon jah,tak pun keje yg kna merempit mcm foodpanda
ADVERTISEMENT