Penyanyi Katy Perry berhadapan detik memalukan apabila mengalami kegagalan ‘fungsi pakaian’ sewaktu membuat persembahan di pentas American Idol baru baru ini.
Perry dilaporkan sedang rancak menari sebelum seluar yang dipakainya koyak secara tiba tiba. Menurut laporan CNN, Perry sedang menyanyikan lagu hitnya, Teenage Dream secara spontan. Dia kemudian menundukkan badannya dan membuka langkah tarian sebelum seluarnya terkoyak pada bahagian tengah. Insiden tersebut membuatkan penonton yang berada di studio terkejut.
Namun, dengan profesional, Perry dikatakan telah meminta agar seluarnya ditampal. “Bolehkan seseorang tolong tampalkan seluar saya?” tanya Perry. Dia kemudian diselamatkan oleh kru produksi dengan menampalkan pita berwana kuning selepas diarahkan oleh Perry: “Tampal pada bahagian punggung saya.” Juri American Idol itu kemudian meminta maaf kepada semua pihak selepas seluarnya yang koyak berjaya ‘diselamatkan’ selepas dia duduk di mejanya. Malah, secara bercanda penyanyi tersebut juga mengemas kini akaun Instagramnya selepas berhadapan insiden memalukan tersebut. “Saya telah menarik perhatian dan mencuri hati kalian dengan persembahan tambahan melibatkan ‘seluar kulit’ saya di American Idol. Semoga terhibur,” tulisnya. Ini merupakan insiden keduanya mengalami kegagalan fungsi pakaian sewaktu membuat persembahan di atas pentas program realiti yang sama. Pada 2018, seluar yang dipakai Perry juga pernah koyak sewaktu dia sibuk menari. Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT