Yassin Sulaiman tiba di Kompleks mahkamah untuk didakwa. Yassin Sulaiman disyaki memiliki dadah dan menanam pokok ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara.
Dia tiba di mahkamah kira-kira pukul 10 pagi diiringi anggota polis. Kosmo melaporkan, dalam prosiding pertuduhan hari ini, Yasin yang berusia 47 tahun akan dituduh mengikut Seksyen 39B dan 6B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana setiap satu daripadanya didakwa masing-masing di Mahkamah Majistret dan Sesyen.
Seebelum ini suspek yang berusia 47 tahun ditahan pada pukul 5.30 petang itu selepas bertindak atas maklumat, polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menemui satu bekas plastik berwarna biru atau hitam di dalamnya terdapat dua plastik lutsinar berisi daun kering disyaki ganja seberat 214 gram di dalam rumah berkenaan. Nilai dadah yang dirampas dianggarkan RM10,700 dan hasil pemeriksaan lanjut di bahagian sebelah dapur menjumpai satu almari dan di dalamnya terdapat tiga pokok disyaki pokok ganja. “Turut dirampas satu botol cecair pemusnah serangga, alat penyukat suhu, dua lampu LED serta satu alat menyiram tanaman." Dalam bilik pertama, dijumpai 13 pokok dalam pasu disyaki pokok ganja selain satu pokok tumbuhan sama di balkoni. Pada masa sama, sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish dan wang tunai turut disita. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis THC. Suspek mempunyai sejarah terlibat penagihan dadah lebih kurang 10 tahun dan menanam pokok ganja selama dua bulan. -CARI
|
Normabaru replied at 31-3-2022 11:08 AM
Sayang sungguh...
Btw klu keje mendadih ni..Agak2 solat ckup 5 waktu keje semua jalan ke
Normabaru replied at 31-3-2022 11:08 AM
Sayang sungguh...
Btw klu keje mendadih ni..Agak2 solat ckup 5 waktu keje semua jalan ke
kakikuDibibirmu replied at 31-3-2022 01:11 PM
Yasin Senario tersenyum sinis dengan Yasin Mimpi Laila
juruterra replied at 31-3-2022 11:34 AM
macamana heols boleh terjebak dgn dadah...dia ni bkn ke dulu sekolah agama mana tah..bini pun elok l ...
Normabaru replied at 31-3-2022 11:30 AM
Tengok hidung berair Yasin tu...rasa kesian Dan sedih pula..bau dlm sel lokap tu hancing bacin lepas ...
Prickford replied at 31-3-2022 01:42 PM
Laki iolls penah masuk lokap sebab langgar SOP. Sanggup tahan kencing & berak tunggu iolls datang ...
jari10 replied at 31-3-2022 01:42 PM
Sekolah agama..then masuk UM
ADVERTISEMENT