Harga produk tenusu dijangka meningkat pada 1 April ini, dengan satu lagi kenaikan dijangkakan pada Jun nanti, kata Persatuan Kedai Kopi Petaling Jaya.
Presiden persatuan itu, Cheah Poo Kuang berkata, beliau menerima surat daripada sebuah syarikat produk tenusu yang memaklumkan kenaikan harga barangan seperti dadih dan susu tepung skim. “Sekotak susu tepung ketika ini berharga RM110, tetapi ia dijangka meningkat sebanyak RM10, menjadikannya RM120 mulai bulan depan,” katanya menurut laporan China Press. Beliau berkata, sebarang kenaikan harga susu pekat dan susu sejat akan memberi kesan kepada harga minuman di kopitiam mereka.
Katanya, perniagaan terpaksa melaraskan harga pada Januari lalu, apabila kos produk tenusu meningkat dua kali tahun lalu, iaitu April dan November 2021, ditambah dengan kenaikan kos lain seperti gaji pekerja, sewa, elektrik dan gas. Beliau menyifatkan kenaikan harga produk tenusu akan datang sebagai “tidak wajar”. “Kami tidak mahu menaikkan harga, tetapi jika kenaikan harga berlaku lagi pada Jun, kami terpaksa melaraskan harga kami,” katanya dipetik akhbar berbahasa Cina itu. Cheah berharap pelanggan akan memahami keputusan pemilik kedai kopi menaikkan harga kerana ia adalah pilihan terakhir memandangkan perniagaan mereka belum pulih sepenuhnya daripada impak pandemik dan kawalan pergerakan, serta inflasi. Sumber: FMT
|
TeropongThaico replied at 31-3-2022 12:26 PM
Ya Allah deme nak naik lg. Tahun ni dah berapa kali weiii. Camne la teman nok cari makan gini. ...
stinger1654 replied at 31-3-2022 12:30 PM
Takda chance la para isteri nak retire...kena sign sampai mati bekerja cari rezeki, jadi lembu sua ...
TeropongThaico replied at 31-3-2022 12:38 PM
Itu ai tak tahu la cik sting. Kot itu yg deols suka terpulang le. Mungkin dgn cara tu boleh bg deo ...
stinger1654 replied at 31-3-2022 12:41 PM
Dlm syariat takda salah nak ambik keuntungan yg berlipat ganda...iteww kita kena paham sebagai pen ...
TeropongThaico replied at 31-3-2022 12:58 PM
Betul takde salah kalau sama2 setuju. Itu yg ada akad dlm jual beli. Tp kalau dah tahap terpaksa s ...
stinger1654 replied at 31-3-2022 01:09 PM
Dlm agama cuma disebut jgn keterlaluan sampai terlalu memberatkheun org lain dlm konteks pembelian ...
TeropongThaico replied at 31-3-2022 01:33 PM
Ya itu yg sewajarnya. Nak letak sesuatu harga mmg semua harus diambil kira agar sama2 berpuas hati ...
stinger1654 replied at 31-3-2022 02:04 PM
Lumrah masyarakat Ngomel puspasspisspuss...lepas iteww beli jugak...just do wat you need to do.... ...
rosmahisham replied at 31-3-2022 02:01 PM
Ni bkn harga kopi je yg naik ni..silap2 air jgg tepi jln pon mesti naik jgk..pns2 ni teringin pulak ...
ADVERTISEMENT