CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 660|Reply: 16

Kedai Kopi Naik Harga Kalau Harga Susu Meningkat

[Copy link]
Post time 31-3-2022 10:42 AM | Show all posts |Read mode
Harga produk tenusu dijangka meningkat pada 1 April ini, dengan satu lagi kenaikan dijangkakan pada Jun nanti, kata Persatuan Kedai Kopi Petaling Jaya.


Presiden persatuan itu, Cheah Poo Kuang berkata, beliau menerima surat daripada sebuah syarikat produk tenusu yang memaklumkan kenaikan harga barangan seperti dadih dan susu tepung skim.








“Sekotak susu tepung ketika ini berharga RM110, tetapi ia dijangka meningkat sebanyak RM10, menjadikannya RM120 mulai bulan depan,” katanya menurut laporan China Press.


Beliau berkata, sebarang kenaikan harga susu pekat dan susu sejat akan memberi kesan kepada harga minuman di kopitiam mereka.


Katanya, perniagaan terpaksa melaraskan harga pada Januari lalu, apabila kos produk tenusu meningkat dua kali tahun lalu, iaitu April dan November 2021, ditambah dengan kenaikan kos lain seperti gaji pekerja, sewa, elektrik dan gas.


Beliau menyifatkan kenaikan harga produk tenusu akan datang sebagai “tidak wajar”.


“Kami tidak mahu menaikkan harga, tetapi jika kenaikan harga berlaku lagi pada Jun, kami terpaksa melaraskan harga kami,” katanya dipetik akhbar berbahasa Cina itu.


Cheah berharap pelanggan akan memahami keputusan pemilik kedai kopi menaikkan harga kerana ia adalah pilihan terakhir memandangkan perniagaan mereka belum pulih sepenuhnya daripada impak pandemik dan kawalan pergerakan, serta inflasi.




Sumber: FMT
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2022 11:30 AM | Show all posts
alah naik kan jelah
acah2 tak wajar la apa la
pui
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti kopi 3 in 1 pakai non dairy creamer pun naik harga juga pasal "susu" naik harga.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah deme nak naik lg. Tahun ni dah berapa kali weiii. Camne la teman nok cari makan gini...
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Wajarla...sebab direct impact...tapi kalau harga transporting susu ke gerai naik...harga minuman pun turut naik patut kena carut tak?

Kahkahkahkahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 31-3-2022 12:26 PM
Ya Allah deme nak naik lg. Tahun ni dah berapa kali weiii. Camne la teman nok cari makan gini. ...


Takda chance la para isteri nak retire...kena sign sampai mati bekerja cari rezeki, jadi lembu suami utk sesama bantu raise anak anak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-3-2022 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
stinger1654 replied at 31-3-2022 12:30 PM
Takda chance la para isteri nak retire...kena sign sampai mati bekerja cari rezeki, jadi lembu sua ...

Itu ai tak tahu la cik sting. Kot itu yg deols suka terpulang le. Mungkin dgn cara tu boleh bg deols tambah nilai berat gelang pulut dakap deols
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 31-3-2022 12:38 PM
Itu ai tak tahu la cik sting. Kot itu yg deols suka terpulang le. Mungkin dgn cara tu boleh bg deo ...

Dlm syariat takda salah nak ambik keuntungan yg berlipat ganda...iteww kita kena paham sebagai pengguna kerana akhirnya kuasa membeli letak pada kita.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2022 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
stinger1654 replied at 31-3-2022 12:41 PM
Dlm syariat takda salah nak ambik keuntungan yg berlipat ganda...iteww kita kena paham sebagai pen ...

Betul takde salah kalau sama2 setuju. Itu yg ada akad dlm jual beli. Tp kalau dah tahap terpaksa setuju itu yg susah. Nak tak nak kena terima sbb itu keperluan tak boleh elak. Jika sekadar utk kegunaan sendiri ok la. Tp jika ini cabang dlm memperoleh rezeki terpaksa juga sediakan tp terhenyak dgn keuntungan yg ada atau tidak akhirnya itu yg susah utk dikata
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 31-3-2022 12:58 PM
Betul takde salah kalau sama2 setuju. Itu yg ada akad dlm jual beli. Tp kalau dah tahap terpaksa s ...

Dlm agama cuma disebut jgn keterlaluan sampai terlalu memberatkheun org lain dlm konteks pembelian yg tidak ada pilihan lain.....bagi mereka sebagai pengguna
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
stinger1654 replied at 31-3-2022 01:09 PM
Dlm agama cuma disebut jgn keterlaluan sampai terlalu memberatkheun org lain dlm konteks pembelian ...

Ya itu yg sewajarnya. Nak letak sesuatu harga mmg semua harus diambil kira agar sama2 berpuas hati.
Insyaallah, ada jalannya nnt tp macam ai tawaran dulu terlalu rendah kami beri sesuai dgn niat bantu sesama yg baru nak pulih dr pkp. Tp disebabkan kenaikan yg semakin mencanak kenaikan yg terpaksa dibuat mng nampak besar walau masih dlm kategori rendah dr kedai lain. Itu yg mendatangkan kerisauan jika pelanggan tidak boleh terima kenaikan yg terpaksa dibuat
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bkn harga kopi je yg naik ni..silap2 air jgg tepi jln pon mesti naik jgk..pns2 ni teringin pulak nk mkn taufufa..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
TeropongThaico replied at 31-3-2022 01:33 PM
Ya itu yg sewajarnya. Nak letak sesuatu harga mmg semua harus diambil kira agar sama2 berpuas hati ...

Lumrah masyarakat Ngomel puspasspisspuss...lepas iteww beli jugak...just do wat you need to do....dont worry there will always be buyers....rezeki iteww dariNYA bukan dari ngomelan rakyat....
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 02:05 PM | Show all posts
wahhh....nk naik lg....kpdnhep senyum kesinisan kebabian
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
stinger1654 replied at 31-3-2022 02:04 PM
Lumrah masyarakat Ngomel puspasspisspuss...lepas iteww beli jugak...just do wat you need to do.... ...

Insyaallah.. Thanks
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
rosmahisham replied at 31-3-2022 02:01 PM
Ni bkn harga kopi je yg naik ni..silap2 air jgg tepi jln pon mesti naik jgk..pns2 ni teringin pulak  ...

Taufufa gula melaka @jln tun mohd fuad ....

Awesome busom
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-3-2022 02:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmpos semua naik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.047010 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list