Nama Krisdayanti menjadi sebutan peminat selepas mendedahkan dia sanggup mengeluarkan kos yang tinggi untuk persekolahan dua anaknya iaitu Amora dan Kellen.
Selain bayaran yuran yang mahal, fasiliti disediakan juga menarik perhatian netizen antaranya kemudahan kantin dengan menu pemakanan sihat. Umum mengetahui sekolah HighScope TB Simatupang di Jakarta itu merupakan antara institusi pendidikan terbaik dan diberi jolokan sekolah bangsawan oleh masyarakat setempat. Untuk pendidikan pra sekolah sahaja, ibu bapa perlu membayar sebanyak 10 juta Rupiah iaitu sekitar RM3,000 sebulan.
Pelajar juga disediakan menu terbaik setiap hari dan pihak kantin memasak makanan tanpa menggunakan bahan-bahan perasa tambahan yang berbahaya untuk kanak-kanak. Semuanya disediakan menggunakan bahan segar dan dimasak pada hari yang sama. Malah, sekolah melarang penjualan makanan ringan. Walaupun membayar yuran mahal, pelajar tetap perlu bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran dan mereka perlu membersihkan meja serta menghantar pinggan yang sudah digunakan ke ruangan khas.-CARI Sumber: mStar/ Grid
|
prettyuglybabe replied at 31-3-2022 10:08 AM
10 juta rupiah tu kira besar ke untuk dorang?
convert pada RM, rasanya private school kat malaysia j ...
prince_marhaen replied at 31-3-2022 08:35 AM
kuat genetik Timor Leste dekat anak-anak ye... hehehehe..
musangbodoh replied at 31-3-2022 10:18 AM
APE MENU NYE????
BTW ANAK2 NYE PUN SIHAT DAH
Cpkay replied at 31-3-2022 02:19 PM
khenn.. bam bam sungguh..
seribulan replied at 31-3-2022 02:00 PM
Krisdayanti pun buat muka kan...
prettyuglybabe replied at 31-3-2022 10:08 AM
10 juta rupiah tu kira besar ke untuk dorang?
convert pada RM, rasanya private school kat malaysia j ...
ADVERTISEMENT