Lelaki kurang siuman melecur 80 peratus selepas dipercayai membakar diri di belakang rumah di Simpang Tiga, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.30 pagi. Katanya, anggota yang tiba di lokasi mendapati lelaki berusia 54 tahun itu masih dalam keadaan sedar. "Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama kakaknya dan wanita itu memberitahu adiknya kurang siuman.
"Sebelum kejadian mangsa dikatakan mengamuk di rumah lalu terus keluar tanpa memberitahu ke mana dia hendak pergi," katanya ketika dihubungi. Barudin berkata, beberapa jam selepas itu kakak mangsa mendapati adiknya membakar diri di belakang rumah. "Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Changkat Melintang untuk mendapat rawatan pada 11 pagi," katanya. Sumber: Harian Metro
|
ADVERTISEMENT