Susulan penularan video di media sosial yang memperlihatkan tindakan pensyarah UiTM, Roshana Takim menghina pelajar miskin ketika mengendalian kelas dalam talian dan sekali gus, turut menghina golongan B40, Naib Canselor universiti berkenaan, Prof. Datuk Ts Dr Roziah Mohd Janor berkata, pihak universiti telah meneliti isu tersebut.
Beliau berkata, tiada kompromi diberikan kepada mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan nama baik UiTM dengan sengaja ataupun tidak. “UiTM amat mengutamakan kebajikan seluruh warganya khususnya pelajar dalam menyediakan perkhidmatan terbaik bagi persekitaran pendidikan yang kondusif,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, kewujudan UiTM adalah untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan meneruskan pembelajaran di peringkat universiti. “Sememangnya dan sewajarnya UiTM membantu golongan B40. Justeru segala kemudahan pembiayaan melalui dana-dana tertentu disediakan oleh UiTM,” ujarnya. Beliau berkata, UiTM amat memahami kekangan, kesulitan dan situasi yang dihadapi oleh pelajar dalam menjalani proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian. “Pihak universiti juga telah menyediakan pelbagai dana untuk kegunaan para pelajar yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan kemudahan pembelajaran seperti dana amanah pelajar, bantuan dari pusat zakat serta pihak alumni,” jelas beliau. Sehubungan itu, beliau menyeru kepada para pelajar yang berhadapan dengan sebarang masalah agar berhubung dengan pihak fakulti dan universiti untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan yan sewajarnya bagi membantu melancarkan proses pembelajaran. Itulah kenyataan daripada Naib Canselor UiTM yang sedikit pun tidak menyebut sama ada akan mengambil sebarang tindakan termasuk kaunseling ke atas pensyarah berkenaan. Dalam hal ini, bukan sahaja kebajikan pelajar perlu dijaga tetapi sekiranya pensyarah berkenaan bersikap di luar batasan atau luar norma, maka pensyarah berkenaan perlu diberikan bantuan iaitu kaunseling untuk pensyarah yang ada masalah atau tekanan jiwa. Sumber: Suara Merdeka
|
dua_chzy replied at 30-3-2022 05:26 PM
1. Lecturer pun dah pencen. Nak ambil tindakan apa? Camna?
2. Katanya lepas maki2 sheol tolong buda ...
stingerketahian replied at 30-3-2022 06:06 PM
Kerja kat uITM tpi attitude mcm ko kat King’s College. Yg cikgu2 ..acik2 kepam forum yg harap duit ...
sambaldurian replied at 30-3-2022 06:37 PM
So apa citer ni. Menda ni kelas dh lama ke kelas dh baru. Sat ckp konon2 bdk kena tegur xde laptop d ...
white_musk replied at 30-3-2022 06:45 PM
kenapa loan belajar/biasiswa mesti beri pada bapak?
Mary_jane replied at 30-3-2022 12:37 PM
Rosak nama UiTM di hatiku dek benda viral. Ironi sungguh, si lecturer yang maki hamun tu plak yang m ...
missmarvolo replied at 30-3-2022 08:10 PM
Aku tak berapa nak faham sangat etika jadi pensyarah ni. Berapa banyak parallel dengan perguruan dar ...
ADVERTISEMENT