CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dua Beranak Macam Samseng- Pandu Berbahaya, Halang Ambulans Lalu

30-3-2022 04:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2568| Komen: 27

Klang – Dua beranak yang sebelum ini tular bertindak ala samseng termasuk menghalang laluan ambulans didakwa di dua Mahkamah Majistret berasingan di sini.

Kedua-dua mereka iaitu K. Moganasuntharan, 63, dan anaknya, M. Kartik, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rasid dan Noorjidah Mohd. Jusan.

Di hadapan Majistret Amirul Asyraf, Moganasuntharan didakwa sebagai penunggang motosikal jenis Modenas manakala anaknya, Kartik yang merupakan pemandu van jenis Toyota Hiace telah memandu secara berbahaya terhadap orang awam.

Foto: Kosmo

Mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM15,000.

Lesen memandu mereka juga boleh diendorskan dan hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh lima tahun.

Sementara di hadapan Majistret Noorjidah pula, Moganasuntharan didakwa sengaja menghalang perjalanan sebuah ambulans jenis Maxus yang dipandu Muhammad Nur Aqhari Rosli.

Kesalahan dilakukan mengikut Seksyen 341 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara satu bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kesemua perbuatan dilakukan dua beranak itu di Jalan Tepi Sungai di sini, pada pukul 2 petang, 24 Mac lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur’Ayuni Jamri dan Muhd. Hanis Zulkapli sementara tertuduh diwakili Peguam A. Biranta.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan keseluruhan RM4,000 kepada Moganasuntharan dan RM3,000 untuk Kartik. Sebutan semula bagi kesemua kes ditetapkan pada 1 Jun depan.

Kosmo! pada 25 Mac lalu melaporkan tindakan dua lelaki bertindak ala samseng jalanan yang tular menghalang laluan sebuah ambulans menghantar pesakit dialisis membawa padah apabila dicekup pukul 4 petang di sekitar Klang. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 30-3-2022 04:58 PM
mcm bodo aje ajak ambulance gaduh
Quote akies 30-3-2022 04:59 PM
Menghalang ambulans lalu ke ni
Sengaja khen. Eloklah disumbat ke lokap
Quote KamikuP 30-3-2022 05:12 PM
Mcm dirancang mungkin nak hijack ambulan tu curik ubat bagi kat gangster kicap.. eyh..
Quote Artemesiaa 30-3-2022 05:13 PM
Punca dia bertindak macam tu kenapa tak diceritakan
Quote azie5zoe 30-3-2022 05:15 PM
Esok kalau dia sakit jangan guna ambulans bila perlu guna kereta lembu. Biyau padan muke.
Quote Kurex 30-3-2022 05:27 PM
Dah agak dah leluhur ni
Quote DayangKirana 30-3-2022 05:33 PM
dah tengok video tu....macam siyal je diorang ni..dengan ambulans pon berani dia buli.
agaknye dah biasa kot..
padan muka! biar rasa kena jail...
Quote she 30-3-2022 05:37 PM
Awal video tu dreba tu cuma cakap “van belakang jangan ikut rapat…merbahaya”
Lebih kurang gitu lah

Takde pun dreba tu cakap eh bodoh kau jangan rapat

Tapi van tu lagi ditegah…lagi dia ikut dekat2
Sesambil call apaknye lah kot
Datang si apak terus acah samseng kampung dodol
Quote buapakperut 30-3-2022 08:32 PM
Keling klang samseng taik kucing
Quote sukacactus 30-3-2022 08:56 PM
Eh tak kan ngaku lah even jelas dlm video
Quote Acikgomen 30-3-2022 09:05 PM
DayangKirana replied at 30-3-2022 05:33 PM
dah tengok video tu....macam siyal je diorang ni..dengan ambulans pon berani dia buli.
agaknye dah b ...

Dah tu tak reti2 ke nak tepek sini
Weols pun nak jadi majistret jatuhkan hukuman gak
Quote makita 30-3-2022 09:11 PM
she replied at 30-3-2022 05:37 PM
Awal video tu dreba tu cuma cakap “van belakang jangan ikut rapat…merbahaya”
Lebih kurang gitu l ...

Hahaha kampong dodol
Quote imransulaiman 30-3-2022 09:29 PM
Kenapa macam rupa PU....
Quote tumpanglalu74 30-3-2022 09:39 PM
ambulans.jpg
Quote edee_91 30-3-2022 09:56 PM
kalau aku peguam bela, malu aku nak ambik kes ni.
Quote Xim 30-3-2022 10:01 PM
Laaa anak beranak rupanya....aku ingtkn kebetulan dedua lalu jln yg sama tp lorong lain....elokla dok dlm cell yg sama pasni...
Quote redz85 30-3-2022 10:24 PM
bapak dia cerdik sikit, tak ikut ambulan lepas nampak di rakam..

anak dia lembab sikit, ikut ambulan sampai balai polis
Quote naina 30-3-2022 10:28 PM
Amboi tak agak2 nak tunjuk samseng. Ingat ni tanah leluhur India ke gado2 bawak parang ikat kain naik atas. Dorang ni kalau diberi jawatan tak tahulah. Asik nak gadoh je
Quote eyansss 30-3-2022 11:12 PM
sesiapa boleh share video tu?

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 03:28 PM GMT+8 , Processed in 0.056018 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top