CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Zahid Hamidi Backup Pensyarah Viral, "Ya Orang Susah Tapi Sebagai Pelajar, Seharusnya Bertanggungjawab"

30-3-2022 04:10 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3033| Komen: 33

Sejak video pensyarah wanita mengherdik seorang pelajarnya gara-gara tidak memiliki komputer tular di media sosial, pelbagai pihak mengecam dan meluahkan rasa geram kerana menyifatkan tindakannya amat keterlaluan.


Namun di tengah-tengah kecaman ramai, segelintir pihak menyatakan pandangan dari sudut berlainan dengan menyifatkan teguran pensyarah berkenaan wajar kerana mahu melihat anak didiknya berjaya.

Tidak terkecuali melontarkan pandangan, anak kepada Presiden Umno iaitu Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.


Foto: IG

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Nurul Hidayah berpendapat luahan kata-kata pensyarah berkenaan adalah didorong oleh rasa yang teramat kecewa.


"Pendapat saya, profesor tu marah sebab sudah semester lima tak ada laptop. Ya orang susah tapi sebagai pelajar, seharusnya bertanggungjawab juga dan letakkan perkara yang utama sebagai prioriti.

"Dah dia pensyarah, dia marahlah student yang dia rasakan tak ambil serius dan ambil mudah dalam hal pembelajaran.

"Saya ni ada juga pensyarah yang saya tak suka tapi tak adalah sampai nak aibkan pensyarah," ujarnya.



Tambah Nurul Hidayah juga, budaya menghebahkan atau memviralkan sesuatu perkara di sosial media bukanlah tindakan yang bijak.

"Zaman sekarang laki marah bini masuk socmed (media sosial). Bini marah laki masuk socmed. Gaduh laki bini, sakit hati semua nak letak dekat socmed. Kena marah dengan pensyarah pun masuk socmed.

"Divert lah rasa sedih dan kecewa itu kepada satu tenaga untuk membakar semangat. Kalau betul nak ilmu, tak akan share atau aibkan pensyarah macam tu.

"Habis kalau kau kena marah dengan bos nanti pun letak dekat socmed ke macam mana? Kau rasa nanti majikan nak tak ambik pekerja macam tu? Sikit-sikit letak kat socmed," katanya lagi.




Dalam hantaran tersebut, Nurul Hidayah turut mengulas isu pensyarah berkenaan yang dikatakan menghina pelajar daripada kalangan B40.

"Pendapat saya, pensyarah itu tak menghina B40 pun. Saya berpendapat, dia kata macam tu sebab beyond (terlampau) kecewa. Terlalu kecewa.

"Ramai saja orang B40 yang berjaya. Ramai saja orang mak pak yang meninggal masa kecil, masa belajar dan berjaya. Dan ramai juga yang buat part time kerja untuk beli laptop.

"Ramai saja yang boleh bantu belikan laptop (seperti) NGO, wakil-wakil kerajaan, Adun, wakil rakyat. Hendak seribu daya. Itu maksud pensyarah tu sebenarnya.

"Yang penting utamakan yang utama dan kesungguhan kita untuk mencapai apa yang kita mahukan," tulisnya lagi.



Menjengah ke ruangan komen pada hantaran Nurul Hidayah, rata-ratanya memberikan reaksi yang pelbagai, di mana sebahagiannya menyokong pandangan tersebut.

"Profesor tersebut adalah pensyarah waktu kami study UiTM. Pada saya, dia tegur sebab dia sayang. Beliau seorang pensyarah yang bagus, time mengajar dia memang strict tapi dia suka je buat lawak. Saya pun dari B40, nak seribu daya tak nak seribu dalih," komen @normah_hayati.

"Saya kerja part-time sejak sekolah rendah sebab sedar diri anak orang miskin, papa kedana dan perlu duit untuk beli buku dan lain-lain. Jadi saya faham bila lecturer marah sebab student pun macam tak ada effort langsung nak dapatkan laptop second-hand," tulis @gjalulaby.



Bagaimanapun terdapat juga segelintir netizen yang menyifatkan tindakan pensyarah berkenaan sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima.

"Mungkin maksud dia begitu tapi cara penyampaian dan percakapan dia agak biadab juga la untuk seorang pensyarah berpengalaman. Dia sendiri mengaibkan budak tu dalam kelas tu," komen @shah_shaharufin.

Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi kenyataan pada Rabu memaklumkan akan mengambil tindakan ke atas pensyarah berkenaan.


Menurut Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Roziah Mohd Janor, insitusi pengajian itu sedang meneliti kes berkenaan.

Tambah Roziah, pensyarah wanita itu, Profesor Dr Ts Roshana Takim adalah pensyarah yang bagus dan mungkin berlaku sedikit kesilapan mengenai tindakannya memarahi pelajar berkenaan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 30-3-2022 04:12 PM
huntong la dapat kahwin dgn laki baru
Quote sharlenetexas 30-3-2022 04:16 PM
Flash back balik zmn study kak long. Bapak tampar ex bf.

Quote makita 30-3-2022 04:23 PM
Alah bodoh. Bdk tu cuma x ada lap top je. Bukan dia ponteng kelas dan siap respon lg bg jawapan pada soalan lecturer tanya.tu maksudnya bdk tu wpon xde lap top tapi dia fhm apa yg lecturer ajar. Lain la kalau bdk tu ada isu x antar aseimen.
Quote alesandra 30-3-2022 04:26 PM
Nyah.. kalau bapak ko si ketua penyamun  tu tak songlap duit yayasan akalbudi pelanc semua tu.. boleh juga  dana tu digunakan utk marhaen khasnya dlm sektor pendidikan. Ini marhaen pun boleh cium tangan  penyamun mcm bapak ko aku maleh nak ckp byk laa.
Quote jalfa 30-3-2022 04:32 PM
Halah halah nak mencapup jugak..ko tak pelah...nak apa apa boleh swipe credit card yayasan akal budi..
Nak back up pon agak agaklah....yihhh
Quote Aurora175 30-3-2022 04:43 PM
awak anak menteri bapak byk company under proxy senang la ckp...oooooppssss
Quote stingerkentot 30-3-2022 04:53 PM
Menegur jgn sampai menghina. Betul lah, akhlak lebih tinggi dari ilmu.
Quote juruterra 30-3-2022 05:10 PM
alesandra replied at 30-3-2022 04:26 PM
Nyah.. kalau bapak ko si ketua penyamun  tu tak songlap duit yayasan akalbudi pelanc semua tu.. bole ...

kan..bising punya k long..kutuk org semua bende share kat social media...yg awak HP berkuntum kat tangan semua benda pasal keluarga/madu/anak madu nak share kat social media takpe pulak
mentang2 xyah kerja susah payah mcm marhaen byk free time kan nk share semua bende dgn public
Quote jijilaaa 30-3-2022 05:15 PM
sibuk jugak nak mencapub
Quote she 30-3-2022 05:31 PM
Nepotism

Apa dia tahuuuu
Dia larik dengan bf dulu pun
Nape bapa tak report polis
Nape pukul guna undang2 sendiri

Tak payah nak blame student cakap dendam nak aih lect
Tengok sejarah hidup kau tu dulu
Memalukan
Quote zidane_ziege 30-3-2022 06:42 PM
Matilah B40 kena laser kalau apak dia jadi PM sok
Quote dani-rox 30-3-2022 06:47 PM
Gitu kata minah yg mintak bapak dia belikan hotel kat Bali
Quote Xim 30-3-2022 07:07 PM
Sorry kalau kaklong yg bersuara confirm sembang je....dpt jwtn pun guna kabel....
Quote kepompong 30-3-2022 07:13 PM
dalam byk byk org. kenapa dia yg back up lecturer tu
Quote ~boolean 31-3-2022 12:38 AM
Celaka ni dapat jawatan pun guna binti zahid lagi nak sembang hendak seribu daya. Celaka.
Quote Lolalala 31-3-2022 12:58 AM
Sibuk laaaa semua nak komen. Acah² bagus je ko ni. Bukannya ko ada sumbangan pada masyarakat pun.
Quote mandear11 31-3-2022 01:14 AM
aku rasa nak maki je dia nie......tuuutttttt tuttttttt..mmg tuuutttttt la kau...
Quote RinIna 31-3-2022 08:39 AM
Diamlah kau betina... mak bapak hamjad.. aku geram jer.. aku perati je ko ni..
Quote gideoncross 31-3-2022 10:16 AM
mandear11 replied at 31-3-2022 01:14 AM
aku rasa nak maki je dia nie......tuuutttttt tuttttttt..mmg tuuutttttt la kau...

Dah marah sngat ni smpai x trkata2.

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.062251 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top