|
Anda mungkin pernah mengalami perkara sebegini, anda sedang menonton video yang "trending" di halaman "For You" di TikTok, tetapi anda lupa untuk "like" video itu dan anda mahu melihat video itu balik tetapi ianya susah untuk temui video itu semula. Petikan dari SoyaCincau, Aplikasi TikTok baru-baru ini sedang uji ciri baru iaitu "Watch History", ianya membenarkan pengguna untuk melihat semula video yang pernah ditonton di dalam aplikasi video sosial itu. Difahamkan, ciri ini sudah tersedia untuk sebahagian pengguna di TikTok dan ciri itu boleh ditemui pada bahagian "Settings and Privacy" di bawah "Content and Activity". Tambahan pula, ramai yang suka dengan penambahan terbaru di TikTok ini kerana ramai yang berkata mereka selalu "refresh" secara tak sengaja di halaman "For You." -CARI |
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.210479 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.