Baru-baru ini, nama Vida pula yang disebut-sebut selepas tampil dengan lagu Ku Ikhlaskan. Isu vokal tetap menjadi topik utama yang diperkatakan oleh netizen.
Kata Safiey, dia agak terkejut apabila ada netizen yang menyebut namanya di ruangan komen di media sosial memuji nyanyiannya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Iqbal dan Vida.
"Nak ketawa pun ada juga apabila mereka kata suara saya sedap nyanyikan lagu Syinta Gila hasil tunjuk ajar Cikgu Shafi. Saya masuk kelas vokal hampir lapan sesi sebagai persediaan merakamkan lagu itu. Tak bolehlah berlatih satu dua seni terus nak bertanding dalam program nyanyian hebat.
"Bagi saya yang kosong ilmu nyanyian, saya yang tak tahu apa. Saya sanggup masuk kelas dan berlatih. Selepas Iqbal tersingkir dulu mungkin baru netizen tahu yang Cikgu Shafi ajar saya vokal dulu," katanya.
Pemuda berusia 26 tahun itu juga mempunyai perancangan untuk terus mengikuti kelas vokal Cikgu Shafi atau nama sebenarnya, Shafizawati Sharif. Ia bukan hanya satu terapi untuk melepaskan tekanan tetapi juga Safiey seronok belajar perkara baharu. - CARI