View: 1342|Reply: 13
|
Safiey Ilias Kata Tak Adil Bandingkan Vokalnya Dengan Vida, Iqbal
[Copy link]
|
|
Usahawan kosmetik, Mohd Safiuddin Ilias atau lebih dikenali sebagai Safiey Ilias yang pernah tampil dengan lagu Syinta Gila dan Apa Salah Syinta berharap agar netizen tidak membanding-bandingkan nyanyiannya dengan Datuk Seri Vida dan Iqbal Zulkifly.
Memetik laporan Harian Metro, kata Safiey, adalah tidak adil untuk membuat penilaian sedemikian kerana masing-masing menyanyi dengan genre lagu berbeza.
"Wajarlah kalau nyanyian kami ada banyak kekurangan sebab kami bukan penyanyi. Cuma, apa yang boleh kami lakukan adalah belajar dan usaha untuk perbaiki. Janganlah bandingkan kami. Genre lagu yang kami bawakan itu berbeza," katanya.
Sebelum ini, nama Iqbal menjadi perbualan hangat apabila muncul sebagai salah seorang peserta Big Stage 2022. Ramai yang mempertikaikan vokal Iqbal dan menyifatkan dia tidak layak berada di pentas program berkenaan.
Sumber FB Safiey
Baru-baru ini, nama Vida pula yang disebut-sebut selepas tampil dengan lagu Ku Ikhlaskan. Isu vokal tetap menjadi topik utama yang diperkatakan oleh netizen.
Kata Safiey, dia agak terkejut apabila ada netizen yang menyebut namanya di ruangan komen di media sosial memuji nyanyiannya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Iqbal dan Vida.
"Nak ketawa pun ada juga apabila mereka kata suara saya sedap nyanyikan lagu Syinta Gila hasil tunjuk ajar Cikgu Shafi. Saya masuk kelas vokal hampir lapan sesi sebagai persediaan merakamkan lagu itu. Tak bolehlah berlatih satu dua seni terus nak bertanding dalam program nyanyian hebat.
Sumber FB Safiey
"Bagi saya yang kosong ilmu nyanyian, saya yang tak tahu apa. Saya sanggup masuk kelas dan berlatih. Selepas Iqbal tersingkir dulu mungkin baru netizen tahu yang Cikgu Shafi ajar saya vokal dulu," katanya.
Pemuda berusia 26 tahun itu juga mempunyai perancangan untuk terus mengikuti kelas vokal Cikgu Shafi atau nama sebenarnya, Shafizawati Sharif. Ia bukan hanya satu terapi untuk melepaskan tekanan tetapi juga Safiey seronok belajar perkara baharu. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Hbs nk bandingkan ko ngan sape? Sajat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
tolonglah ignore pondan tak siap ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Seriously baru 26? Ok ingtkn dh 29.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tu gambar terbaru heshe ke? Tak teringin nak follow ig
Rasa lagi afdol bandingkan suara dia dengan sajat/lucinta tu |
|
|
|
|
|
|
|
hidup lagi ke makhluk x siap ni? bukan aritu jual rmh keta suma kunun nak migrates ke bangkok? |
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu syafi tu ke makcik si chipmunk?
Brp kelas dia da gi dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesianlah dia ni. Ke manelah arah tuju hidup dia ni sebenarnya Nak jadi jutawan kosmetikkah nak jadi penyanyikah, nak jadi lelaki atau pompuankah. Semuanya nak digapai tapi tak ade yg tercapai. Last2 persoalkan mutu gaya nyanyian. Kira2 ada bakat nak jadi penyanyi kesukaan ramai ke. Benda yg lagha juga yg minta diiktirafkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesianlah dia ni. Ke manelah arah tuju hidup dia ni sebenarnya Nak jadi jutawan kosmetikkah nak jadi penyanyikah, nak jadi lelaki atau pompuankah. Semuanya nak digapai tapi tak ade yg tercapai. Last2 persoalkan mutu gaya nyanyian. Kira2 ada bakat nak jadi penyanyi kesukaan ramai ke. Benda yg lagha juga yg minta diiktirafkan. |
|
|
|
|
|
|
|
yg pasti semua suara hauk
|
|
|
|
|
|
|
|
Gila attention. dah hidup merempat pun tak boleh hidup tanpa netijen |
|
|
|
|
|
|
|
sudah2 la tu pudin. ape la yg ko nk buktikan skg ni? |
|
|
|
|
|
|
|
sudah2 la tu pudin. ape lg yg ko nk buktikan skg ni? |
|
|
|
|
|
|
| |
|