CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Boleh Menyusu Anak, Ibu Buang Bayi 1 Bulan Dalam Perigi

28-3-2022 05:27 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1927| Komen: 10

Seorang wanita menjadi suspek utama kes pembuangan bayi yang juga anak kandungnya.

Menerusi kejadian di Jember, Jawa Timur, pada Rabu lalu, wanita itu disyaki membuang anaknya yang berusia sebulan dalam sebuah perigi.


"Kami sudah menetapkan ibu bayi itu sebagai suspek," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Jember AKP Komang Yogi Arya Wiguna.

Foto: Kompas

Suspek kini berdepan pertuduhan jenayah dan berkemungkinan dipenjara selama tiga tahun.

Hasil siasatan mendapati wanita itu bertindak sedemikian kerana sering dibuli.


Difahamkan, pelaku nekad membuang bayinya kerana tidak berupaya memberi susu badan selama ini.

"Suspek mengaku sering dibuli, dianggap wanita kurang sempurna kerana bayi itu tidak disusukan,” kata polis lagi. -CARI

Sumber: mStar Online/ Kompas

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote airmineral 28-3-2022 08:17 PM
mmg stress kalau xdpt susukan anak dgn susu bdn
stress sbb org² sekeliling
Quote eyansss 28-3-2022 10:34 PM
manusia mulut celaka memang camni…  teringat kawan aku tuduh aku tak ikhlas susukan anak sebab tu susu badan keluar sikit…
Quote nononcrux 29-3-2022 09:26 AM
eyansss replied at 28-3-2022 10:34 PM
manusia mulut celaka memang camni…  teringat kawan aku tuduh aku tak ikhlas susukan anak sebab tu s ...

ade terbaca kat FB, mak beza2kan susu lembu dgn formula.. hangsuang jugak mulut mcm ni
Quote nurul_akmar 29-3-2022 09:50 AM
Netizen mulut kalau mengata mmg xde penapis.. xpasal2 mak dia kena jel. Anak mati. Dh la emosi mak yg baru bersalin x stabil lg.. ada org mebi lepas bersalin sihat mental n fizikal. Ada org lambat sikit nk pulih.. kena pulak sindrom meroyan..

So skang Puas la hati jiran2 tu sume.. next mengata mak dia pembunuh pulak. Dorg xtau, dorg la sbnrnya pembunuh..
Quote eyansss 29-3-2022 10:24 AM
nononcrux replied at 29-3-2022 09:26 AM
ade terbaca kat FB, mak beza2kan susu lembu dgn formula.. hangsuang jugak mulut mcm ni

tu lagi bangang...  meluat betul dengan mak2 terpaling ni...
Quote copy_paste 29-3-2022 10:48 AM
eyansss replied at 28-3-2022 10:34 PM
manusia mulut celaka memang camni…  teringat kawan aku tuduh aku tak ikhlas susukan anak sebab tu s ...

vodow betul la mulut puaka mcm tu,
kalau aku jumpe org jenis mulut mcm tu mmg aku akan ckp lepas je dengan dia,
jenis otak kampung looser
Quote Straya 29-3-2022 11:57 AM
Nyampah pulak aku will smith.Memang dr dulu nampak jada ni wears the pants in the marriage.Dah berskandal pun laki sayang.Yang jadi host oscar ni semua comedien. Before this ellen,billy crystal,rick gervais semua membahan orang.Rick tu membahan lagi teruk
Quote Artemesiaa 29-3-2022 03:15 PM
Terlalu stress boleh buat orang hilang pertimbangan.  Orang sekeliling sepatut yang bagi semangat bukan merendah-rendahkan orang lain.
Quote raxief 29-3-2022 11:41 PM
Straya replied at 29-3-2022 11:57 AM
Nyampah pulak aku will smith.Memang dr dulu nampak jada ni wears the pants in the marriage.Dah bersk ...

owh bini will smith ke yg buang bayi ni .................
Quote Straya 30-3-2022 10:43 AM
raxief replied at 29-3-2022 11:41 PM
owh bini will smith ke yg buang bayi ni .................

Haha silap. Patut la aku cari kat thread satu lagi takde post aku

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.061895 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top