CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Diugut Bunuh Kerana Kasihan Kanak-Kanak Dipaksa Pakai Tudung

28-3-2022 03:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7955| Komen: 145

Melentur buluh biarlah dari rebungnya!

Pepatah nenek moyang dahulu bukan sahaja 'terkehadapan' malah dibina atas pengalaman mereka kerana buluh yang sudah matang amat sukar dilentur dan boleh mengakibatkan kecederaan kepada pelaku.


Begitu juga perihal mendidik dan mendisiplin anak-anak, ia wajar dimulakan sejak anak di usia muda bagi mengelakkan mereka memberontak ketika dewasa, contohnya dalam pemakaian hijab atau tudung.


Foto: Twitter

Isu tersebut mula dibahaskan di media sosial selepas seorang pelayarnya memuat memuat naik video berdurasi 19 saat yang memaparkan seorang kanak-kanak perempuan dipakaikan tudung.


Ia berikutan, pemilik akaun tersebut meluahkan rasa kasihan terhadap kanak-kanak perempuan bertudung yang kononnya mereka dipaksa sejak kecil.

"Comel. Tapi secara peribadi, saya tidak suka idea memakaikan tudung kepada kanak-kanak. Kesian tengok."



Ciapan ringkasnya itu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen, namun apa yang pelik kenyataan pemilik akaun berkenaan mendapat 'sokongan' walaupun dia secara jelas menyuarakan rasa tidak setuju sedangkan perbuatan tersebut baik di sisi Islam.

"Totally agree. Belajar berhijab boleh mula dari umur tujuh tahun, saya sendiri mula pakai dalam umur 11 tahun dan akil baligh umur 12 tahun... Tidak perlu paksa kanak-kanak memakai tudung kerana mereka akan pakai apabila mereka sendiri mahu. Waktu kecil tak perlu pakai pun."

"Saya lebih gemar kanak-kanak pakai skirt, baju bebet dan sebagainya. Biar mereka pakai tu semua supaya apabila dah dewasa mereka tidak rasa ingin untuk memakainya lagi. Tudung atau skaf pula di usia remaja dan ia (pemakaiannya) dari hati mereka sendiri, tak bertudung bukan bermakna kita tidak mengajar mereka tentang agama."

"Zaman dia kecil biarlah dia main, masa untuk dia explore. Saya secara peribadi pun tak suka tapi takut nak cakap."

Selepas beberapa hari kenyataannya dimuat naik, pemilik akaun tersebut mengakui dia menerima mesej ugutan bunuh pula.

"Bagus pandangan yang diutarakan (di ruangan komen), ada yang setuju dan sebaliknya. Tapi mereka yang hantar mesej ugutan bunuh... saya rasa mereka lebih teruk daripada kata-kata saya (sebelum ini)," ujarnya lanjut.



Terdahulu, beberapa pengguna Twitter turut menyelar pandangan yang dikemukakan itu dan menyifatkannya sebagai seorang yang tidak tahu agama.

"Kalau awak seorang muslim dan merasakan tindakan tersebut teruk, awak perlu teliti balik kepercayaan (agama) kerana sebagai seorang Muslim kita sepatutnya melihat ia sama seperti seorang ibu mengenakan skirt pada anak... kita patut melihatnya sebagai pemakaian yang menggambarkan kanak-kanak itu seorang puteri."

"Tak salah kalau nak kenalkan hijab pada anak perempuan yang masih kecil. Ia bagus kalau anda seorang muslim dan biar anak perempuan belajar tutup aurat... paling penting adalah ia bukan urusan anda, itu urusan ibunya yang mahukan anak memakai hijab seperti wanita muslim yang lain."

Sementara itu, Ustaz Azhar Idrus ketika menjawab persoalan 'anak perempuan enggan memakai tudung' berkata, ibu bapa seharusnya menyuruh anak mereka memakai tudung pada umur tujuh tahun.

"Suruh pakai tudung dari umur tujuh tahun, sebab itu dalam kitab fekah dikiaskan supaya suruh sembahyang... suruh juga bertudung atau berhijab ketika umur tujuh tahun.

"Bukan wajib tapi atas jalan melatih diri anak. Dia pakai buka, pakai buka... supaya loading dalam hatinya perintah bertudung itu ke atas dirinya. Nanti apabila umur dia mencapai 10 dan 11 tahun dia akan pakai tudung terus... ni tingkatan lima baru suruh pakai tudung, susah la.

Terdahulu, beliau turut meminta ibu dan bapa remaja perempuan yang enggan memakai tudung apabila disuruh, supaya tidak berputus asa dalam melakukan kebaikan.

"Tapi bila begitu jangan berhenti, maksudnya sentiasa menyuruh dan jangan putus asa," jelas beliau. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 28-3-2022 03:51 PM
Baju aku masa kecik2 dulu mostly gaun. Dah knp baby ko nak bungkus2
Quote prettyuglybabe 28-3-2022 03:58 PM
i pun tak suka toddler and budak pakai tudung..
automatik macam bau masam..
kids sepatutnya wangi bedak-bedak bukan berpeluh-peluh..
biar la budak tu explore dulu and pakai ringkas-ringkas..
Quote selipar_hijau 28-3-2022 04:07 PM
malaysia menuju ke arah taliban
Quote Artemesiaa 28-3-2022 04:10 PM
Masih terlalu kecil untuk itu.  Kalau alasannya sebab untuk mendidik rasanya tak berapa berkesan sebab ramai je yang gigih dari kecil dipakaikan macam tu tetapi bila dewasa berhijrah ke bandaraya hilang semuanya.  Mereka hanya mengenakannya semula bila pulang kampung.
Quote krustykrab 28-3-2022 04:10 PM
Umo 7 ko dh nk suruh pakai tudung, bukak tutup bukak tutup..patutnya bebudak kecik ni biar je kulit kena matahari tu, ni dh umo 7 leher dia pun ko dh paksa tutup, bygkn la dgn matahri tak kena lgsg kulit sbb tutup habis. Dah tu kot celah mana bebudak kecik nk dpt vit d. Pompuan2 kat msia ni punramai yg kurang vit d cuma tak tau je sb x prnh check. Lain la kalau masing2 duk rmh banglo tertutup dr pandangan org ramai boleh la keluar kt laman2 free hair...
Quote green~tea 28-3-2022 04:12 PM
Dah kenapa toddler dah acah2 kena berhijab??? This is kepala bana....

Acah2 terpaling islam ke apa mak pak camni....
Quote Samerosie 28-3-2022 04:16 PM
I pun tak agree budak2 kecik macam ni dikenakan tudung bagai.  Dah la baby lagi dgn sekarang musim panas suhu pun i tengok tadi 35 degrees kat tempat i.  Kesian pergi sekolah dgn beruap panas, dapat ruam, dapat heat stroke budak2 ni.

Nanti ada stajah jadian lak jawab dalam neraka lagi panas.  To them iol cakap Kepala but@h kau lah!
Quote dua_chzy 28-3-2022 04:21 PM
Akak setuju.

Tapi...

Kalau anak2 ko masuk SK, habis la kena peer pressure or setaz/setazah pressure huntuk bertudung padehal akil baligh pun belum.
Quote LoveSungmin 28-3-2022 04:26 PM
dua_chzy replied at 28-3-2022 04:21 PM
Akak setuju.

Tapi...

i dulu kena sis.. sampai form 5 i pakai skirt pergi sekolah.. time ada subjek pendidikan islam baru i pakai baju kurung.. tudung sarung masa dalam kelas je bila usatazah bising, i panggil mak datang sekolah.. lepas tu ustazah pun senyap.. ada juga kejadian perli² tu but i bolayan kan je..
Quote Minahkucing 28-3-2022 04:28 PM
I sendiri dari pengalaman dari merangkak dh pakai tudung. All my childhood photos sume pakai tudung. I have never pakai baju gown princess time budak2 dulu.

Even lepas tujuh tahun, pakai tudung and baju besar2. Sis mase umur sekolah rendah dah tak boleh pakai baju singkat2.

Kalau anak tu jenis hati tak memberontak she will keep on pakai tudung smpai mampos.

But parent mane can assure hati anak tak memberontak?

Dari tadika until preuniversity, i was in private islamic school (the one yg bwh ngo tu). I guess my parent never saw it coming..

Once i lps spm, i got my freedom. Slowly2 pakai singkat and lama2 cabut terus tudung. It wasnt cultural shock since cycle i pon mase tu all pakai tudung. But the idea i wanna once in my life rasa 'the air around me' tu dari zaman sekolah lagi.

Sampai la sekarang 26 tahun, and very seksi and daring. And not planning to wear hijab anytime sooner. And nak kawen pon id be looking for a guy yang be okay with my choice. Bukan jenis kawen je kne pakai tudung. I felt that force before for years and i wont ever want to feel it again .

Done merempan [em:7:]
Quote Minahkucing 28-3-2022 04:32 PM
Sedih tau time kecik2 tgk kazen2 ngn kwn2 selalu pakai gown princess but i tk pernah dpt pakai.

Bile dh besar, hamek kau. Jdi princess all out hahah
Quote kelip2_07 28-3-2022 04:35 PM
Minahkucing replied at 28-3-2022 04:28 PM
I sendiri dari pengalaman dari merangkak dh pakai tudung. All my childhood photos sume pakai tudung. ...

aku pn xsetuju bl kecik2 sgt pkai tudung
Quote nononcrux 28-3-2022 04:36 PM
kesian kena bungkus.. panas bdk tu
Quote miss_perfect 28-3-2022 04:38 PM
Aku.. pakai tudung sejak darjah 3/4 gitu tapi bukan sebab mak pak suruh. Dulu sekolah kampung so kawan2 pakai baju kurung. My mom belikan pinafore pi sekolah, ada baju kurung sepasang je utk hari jumaat. Sebab kengkawan pakai baju kurung, i pun nak jugak pakai baju kurung sebab tak nak rasa "lain".... so by the time darjah 2 tu dah pakai baju kurung sepenuhnya.

Personally, i pun tak suka budak2 dipaksakan pakai tudung. Biar dia nak pakai sendiri (macam i buat dulu).
Memang elok ajar tutup aurat dari kecik, tapi budak2 ni selalunya tak faham konsep aurat. I pun tak faham dulu  sebab hanya ikut kawan2. Pada i, utk budak2 ni ajar dia konsep aurat dulu , kenapa kena tutup aurat etc. Jangan paksa.
Quote miss_perfect 28-3-2022 04:42 PM
Minahkucing replied at 28-3-2022 04:28 PM
I sendiri dari pengalaman dari merangkak dh pakai tudung. All my childhood photos sume pakai tudung. ...

Kesiannya u...

I hope walaupun u jenis daring, u tak pandang serong ye pada kami yang berkelubung ni...
Quote xtinkerbellx 28-3-2022 04:52 PM
Ok je kalo budak tu tak menggelupur. Baby tu pon tak tarik tudung tu. Lain la kalo mak dia paksa. Tapi bagi iols masa kecik2 ni la
nak dressup mcm2 pakai gaun la skirt. Nanti da besa baru pakai tudung.
Quote krustykrab 28-3-2022 04:53 PM
Minahkucing replied at 28-3-2022 04:28 PM
I sendiri dari pengalaman dari merangkak dh pakai tudung. All my childhood photos sume pakai tudung. ...

Teringat kat kwn iols n pelakon ramona zam zam. Both sskjp.
My friend tu masa sekolah sampai la pre u, parents paksa bwrtudung, bila sheol dpt gi overseas, dlm flight tu terus cabut tudung
Ramona zamzam pulak, zaman sekolha tudung labuh, pehtu join industri hiburan terus terbnag tudung smapai skrg
Quote umbut 28-3-2022 05:03 PM
Ada acik2 netz kata melentur buluh biar dari rebung. Ko ingat ko paksa bebudak pki kelubung dah besar remain camtu x bukak2. Lagilah berontak nak bukak sebab masa kecik x dpt bukak kena selubung je. Kat u bukak tudung balik kampung dpn mak pak tutup. Sejuk perut mak
Quote umbut 28-3-2022 05:07 PM
Samerosie replied at 28-3-2022 04:16 PM
I pun tak agree budak2 kecik macam ni dikenakan tudung bagai.  Dah la baby lagi dgn sekarang musim p ...

Kau islamkan. Tak belajar agama. Pergi belajar balik. Fahamkan kewajipan tutup aurat. Api neraka lagi panas dari api dunia

Giteww kata2 lobai dan setazah jadian mencerca

Lihat semua komen(145)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.054522 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top