"Malu kami nak bersanding." Demikian jawapan penyanyi terkenal, Zizi Kirana ketika ditanya kenapa dia dan suami juga pelakon Yusuf Bahrin tidak bersanding di pentas pelamin pada majlis Raikan Cinta Yusuf & Nur yang diadakan di Grand Kaca Wedding Hall, Durian Tunggal, Melaka.
Zizi, 37, atau nama sebenarnya Nur Fazelah Md Tahil berkata, acara diadakan itu lebih kepada majlis kesyukuran bagi meraikan keluarga dan rakan terdekat. "Sebenarnya, kami lebih pada nak buat majlis kesyukuran dan santai saja. Jadi, kami mahu raikan dengan kaum keluarga dan rakan terdekat. Lagi pun, kami malu bersanding.
"Dari awal lagi kami memang nak majlis ini santai, tetamu datang makan, berjumpa, bergambar dan dengar persembahan qasidah. "Semalam itu ada keluarga saya datang dari Sabah, keluarga Yusuf, kawan-kawan, anak tahfiz dan beberapa tetamu kenamaan (VIP). Memang itu saja jemputan kami. Persembahan pun daripada kumpulan qasidah Ar-Rayyan saja. Pentas yang ada memang untuk qasidah. Selesai majlis, baru kami bergambar dengan keluarga di pentas," katanya kepada Harian Metro.
|
Nuyak replied at 28-3-2022 12:29 PM
drastik sungguh perubahan pakaian dia...takut esok2 terbang balik..huhu
anony-mous replied at 28-3-2022 12:51 PM
Overnya!!!! Gedik je lebih. Fake. Ko rap menyanyi semula haritu x malu pulak??
ADVERTISEMENT