CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3354|Reply: 32

Buat Majlis Tapi Zizi Kirana Dan Suami Malu Nak Bersanding Di Pelamin

[Copy link]
Post time 28-3-2022 11:49 AM | Show all posts |Read mode
"Malu kami nak bersanding."


Demikian jawapan penyanyi terkenal, Zizi Kirana ketika ditanya kenapa dia dan suami juga pelakon Yusuf Bahrin tidak bersanding di pentas pelamin pada majlis Raikan Cinta Yusuf & Nur yang diadakan di Grand Kaca Wedding Hall, Durian Tunggal, Melaka.


Zizi, 37, atau nama sebenarnya Nur Fazelah Md Tahil berkata, acara diadakan itu lebih kepada majlis kesyukuran bagi meraikan keluarga dan rakan terdekat.




Foto: IG




"Sebenarnya, kami lebih pada nak buat majlis kesyukuran dan santai saja. Jadi, kami mahu raikan dengan kaum keluarga dan rakan terdekat. Lagi pun, kami malu bersanding.


"Dari awal lagi kami memang nak majlis ini santai, tetamu datang makan, berjumpa, bergambar dan dengar persembahan qasidah.


"Semalam itu ada keluarga saya datang dari Sabah, keluarga Yusuf, kawan-kawan, anak tahfiz dan beberapa tetamu kenamaan (VIP). Memang itu saja jemputan kami. Persembahan pun daripada kumpulan qasidah Ar-Rayyan saja. Pentas yang ada memang  untuk qasidah. Selesai majlis, baru kami bergambar dengan keluarga di pentas," katanya kepada Harian Metro.




  



Zizi yang baharu melancarkan single Pijak berkata, tetamu yang hadir semalam turut bertanya kenapa mereka tidak bersanding.


"Semalam, masuk dewan kami terus duduk di meja makan beradab. Orang ingat terus ke pentas, tapi tak ada. Memang kami nak macam itu saja. Selalu dah naik pentas. Kali ini, nak lebih bermesra dengan tetamu kami.


"Sampai kumpulan qasidah pun terkejut dan tanya kami tak sanding ke?. Sebab pentas memang untuk mereka saja dan saya menyanyi pun di tepi saja," katanya.




  



Sementara itu, Yusuf atau nama sebenarnya Muhammad Yusuf Bahrin berkata, dia dan Zizi sudah memasang niat lebih kepada majlis kesyukuran.


"Kami buat majlis tu bukan acara resepsi untuk persandingan kami. Saya dan Zizi niat nak berkumpul dengan keluarga dan sahabat handai saja.


"Lebih kepada nak meraikan tetamu yang sudi hadir. Selepas semua sudah selesai baru kami naik pentas untuk bergambar dengan keluarga dan rakan-rakan," katanya.




  



Pada majlis itu, pasangan sejoli berkenaan mengenakan persalinan rekaan pereka Shanell Harun dan ditatarias oleh Sharhim Khan.


Terdahulu, pasangan itu berkahwin pada 19 September tahun lalu. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2022 11:59 AM | Show all posts
overnya pemakaian 2 ketul ni. boleh tak keluar terus dari industri seni?? korg masuk tabligh je lah.

xssuai dh nk belakon menyanyi berjoget. tolong lah jgn jd penunggang. sakit mata tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Persalinan smlm mmg haukkkkk to the max..
Jahitan kat lengan baju Usop dah kenapa??? Asal blh ke ni???
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 12:04 PM | Show all posts
Hmm tak tau nak tulis pe? Korang ni tak payah masuk industri ni. Semak je. Elok2 aku sokong korang dulu, skang meluat lak sejak kes saman tu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 12:29 PM | Show all posts
drastik sungguh perubahan pakaian dia...takut esok2 terbang balik..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Nuyak replied at 28-3-2022 12:29 PM
drastik sungguh perubahan pakaian dia...takut esok2 terbang balik..huhu

Terbang nanti.. ini jaaawapannnya

1.. istiqamah tu sukar

Ape susah.. settle
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2022 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata dh xkisah tp merempan cerita pelamin tu siap post ig sembang dpt duduk atas pelamin org..hahahdoiii
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Overnya!!!! Gedik je lebih. Fake. Ko rap menyanyi semula haritu x malu pulak??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2022 12:51 PM From the mobile phone | Show all posts
hensem yusof ni…zizi ni niqab dia on off ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk tanya, skrg ni mmg HALAL ye mekap tebal tang mata yg penting berniqab???
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 12:55 PM | Show all posts
saya tahu kenapa mereka malu. mereka takut pak kodi datang dan menyanyi "lahanat pengantin baru semoga kekal bahgia"
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa yg xnak sanding yg mmg jnis anak ustaz sume..
Ni jenis xmalu tunjuk pda..
Lepas tu ada rap n nyanyi2..
Sesi tangkap gambar..

Apa point nye..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 01:24 PM | Show all posts
KISAH PERCINTAAN ALA-ALA PUTERA ALADIN AND PUTRI JASMINE KOT...
hmm... ada aku kisah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
2nd last para tu - Tatarias oleh Sharhim Khan - nie untuk zizi ke somi dia? Kalo zizi awat tatarias oleh lelaki?

Ada gambar zizi berniqab, ada tak de pulak..

Dua2 boleh cari kerja lain. dah tak sesuai masuk industri hiburan unless korang rider la
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 01:45 PM | Show all posts
anony-mous replied at 28-3-2022 12:51 PM
Overnya!!!! Gedik je lebih. Fake. Ko rap menyanyi semula haritu x malu pulak??

kannn...euwww dulu pakai seksi meksi x malu..nyanyi2 lagi ...mengada2
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak jadi terpaling ke hadap pujian ni. Udah2 la menonggang agama. Kalau nak berhijrah toksah nyanyi lagi la buat je content2 bermanfaat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2022 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tbh outfit hauk..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 02:37 PM | Show all posts
Tengok baju tu teringat renda2 kat spenda wanita.. tihihi
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 02:41 PM | Show all posts
tak habis lagi ke bersanding. basi dah. next pls!
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2022 03:15 PM | Show all posts
tak habis kahwin lagi ke?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fattah Amin dan Fazura Sah Cerai Talak Satu
CARI-HBZ‘Tiada lagi suami Melayu terakhir’, Fa
Views : 106947 Replies : 4894
Ibu sanggup kayuh basikal dalam gelap untuk jemput ambulans buat netizen kagum
YgBenarIbu sanggup kayuh basikal dalam gelap un
Views : 10579 Replies : 9
PEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHENTIKAN, PREMIS DI MID VALLEY DITUTUP SEMENTARA
YgBenarPEKERJA AUNTIE ANNE’S CIUM DOH DIBERHEN
Views : 42040 Replies : 85
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 33249 Replies : 78
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 6985 Replies : 13
Kebanjiran warga China beli rumah di Malaysia memberi kesan negatif yang dirasai rakyat tempatan - Dr Muhammad Najib Razali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
YgBenarKebanjiran warga China beli rumah di Mal
Views : 33632 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 104524 Replies : 5761
Muslim marry 4...
BoomibulatMuslim marry 4...
Views : 9773 Replies : 80
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 105348 Replies : 1660
Tips nak jadi jutawan dalam masa satu tahun. Semoga bermanfaat
YgBenarTips nak jadi jutawan dalam masa satu ta
Views : 33239 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.129131 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list