CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Rakan Baik Doakan Kebahagiaan Harap Ia Perkahwinan Terakhir, Natasha Hudson Nikah Kali Kelima?

28-3-2022 09:55 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 25510| Komen: 192|Original author: Tatod


Pelakon Natasha Hudson, 40,  yang sudah empat kali melalui episod keruntuhan rumah tangga selamat melangsungkan perkahwinannya dengan Jay Jawsmin dipercayai berlangsung si Bangi Resort Hotel petang semalam (Ahad).

Menerusi IG Story, Natasha berkongsi semula ucapan tahniah daripada rakan-rakannya sama ada yang menghadiri majlis berkenaan mahu pun sahabat yang tidak berkesempatan meraikan majlis itu bersama-sama pasangan terbabit.

Rakan baiknya yang dikenali sebagai Fay Dania turut sama gembira melihat aktres berdarah campuran Malaysia-Australia itu yang kelihatan berseri-seri dan bahagia pada majlis tersebut.



Tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenai majlis berkenaan bagaimanapun Natasha dan suaminya berkemungkinan meminati aktiviti yang sama iaitu memanah dan 'surfing' kerana kedua-dua mereka meletakkan pautan mengenai perkara itu di bahagian maklumat Instagram masing-masing.

Hasil tinjauan di Instagram adiknya, Tania Hudson tidak menunjukkan sebarang perkongsian atau kemas kini mengenai majlis tersebut.


Terdahulu, pemilik nama sebenar Natasha Liana Hudson pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 namun hanya bertahan selama empat bulan.

Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007. Malangnya, hubungan suami isteri itu hanya bertahan dua tahun. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena.

IG Natasha Hudson

April 2012, Natasha melangsungkan perkahwinan kali ketiga dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau lebih dikenali sebagai Carleed Khaza. Pasangan ini bercerai pada 2018 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Naeema Khaleela dan Faatimah.

Pelakon itu kemudian bergelar isteri kepada ahli perniagaan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018 tetapi berpisah pada Oktober 2019. 

Januari lalu, Natasha mencetuskan kontoversi apabila memuat naik gambarnya tidak bertudung di Instagram. Walaupun perkara itu dilaporkan meluas oleh media tempatan namun aktres terbabit tidak memberikan sebarang maklum balas. -CARI

Perkahwinan Terdahulu



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nuyak 28-3-2022 10:31 AM
Semoga dia temu kebahagiaan yang di cari...
Quote umbut 28-3-2022 10:39 AM
Tahniah.. Kakak dah 5 x kahwin adik lum kahwin2. Gi berguru ngan kakak ko. Org cantikkkk tetap laku walau dah 40 janda 4 x yg pentingggg cantikkk
Quote babelina 28-3-2022 10:42 AM
selamat pengantin baru.. moga berbahagia hingga akhir hayat.. amin yra..
moga bertemu kebahagiaan..
Quote newyork 28-3-2022 11:14 AM
Terbukti org cantik ada ja nak even brp kali dah cerai. Yg single tak cantik susah woo..
Quote wtvmjls 28-3-2022 11:18 AM
Ni beach boy ke? btw yg 1st and 4th marriage tu partner nampak good looking
Quote juruterra 28-3-2022 11:19 AM
wow 5 x kawin, tak penat ke sheols ngadap perangai jantan baru everytime hehee
Quote 4cupcakes 28-3-2022 11:30 AM
Menten cantik je dia ni dari gambar perkahwinan pertama.. awat suami baru dia sempoi naw.. 1st time kawen ke dh byk kali jgk?

Tetiba iolss teringat cerita korea yg iolss tgk pasal scammer perkahwinan ni.. byk kali kawen sbb suami mati.. so isteri dpt duit insuran.. haha (xde kene ngene dgn cerita NH)
Quote awenda507 28-3-2022 11:31 AM
smga kali ni berkekalan smpai ke akhir hayat ya. slmt pengantin baru
Quote nawtylulu 28-3-2022 11:36 AM
Tahniah kawen lagi dah.. smoga kekal la ye.. org cantik ape de hal.. rmai org nak..
Quote twins 28-3-2022 11:36 AM
Semoga dia bertemu kebahagiaan yg di harapkan.
Kesian jugak perjalanan hidup dia... bukan senang kalau dah bercerai smpi 4x
biasalah masyarakat melayu dah sah2 mcam2 kata2 buruk & syak wasangka yg biasanya
dilempar pd perempuan..si lelaki aman2 aja.. walaupun kadang2 masalah dr lelaki...

semoga kali ni dia bahagia... aamiin
Quote bottompadu 28-3-2022 11:45 AM
wow beach boi.. jangan lepas ni berani berbikini tepi pantai dah le
Quote fossil 28-3-2022 11:46 AM
till jannah..aaamiiin
Quote addamnor 28-3-2022 12:10 PM
twins replied at 28-3-2022 11:36 AM
Semoga dia bertemu kebahagiaan yg di harapkan.
Kesian jugak perjalanan hidup dia... bukan senang kal ...

tak ada nya dek, kalau sekali dua divorced kita boleh kata unlucky in the marriage, tapi kalau kau dah susun ex laki mcam susun paku, something is wrong with you konsepnya
sheols dengan aishah penyanyi tu sama shaja, sejenis tidak boleh give in the marriage, asal dilanda badai shj terus angkat kaki, gigeh mengharapkan spouse give the best, tapi dia sendiri?
Quote lattehazelnut 28-3-2022 12:12 PM
I bet paling lama pun 2 tahun
Quote namr 28-3-2022 12:14 PM
Bersusun ko..ex laki dah boleh bukak kelab
Quote laksmanabentan 28-3-2022 12:28 PM
juruterra replied at 28-3-2022 11:19 AM
wow 5 x kawin, tak penat ke sheols ngadap perangai jantan baru everytime hehee

penat cerai aja uoolllsss...
then cari yang baru... gitu....
hahahhaa...
Quote naina 28-3-2022 12:29 PM
Rajinnya lahai nak buat majlis banyak kali
Fokus dan muhasabah diri jelah sister
Kalau diri masih belum betol usah harap orang lain luruskan kita hujung2 retak jua
Bahagia tu bukan pada lelaki sahaja.
Quote bottompadu 28-3-2022 12:39 PM
namr replied at 28-3-2022 12:14 PM
Bersusun ko..ex laki dah boleh bukak kelab

Ape requirement nak join kelab tu kaka?
Quote Normabaru 28-3-2022 12:42 PM
Ye ni betul..applies to both laki pempuan..

So si Erin bertukar laki beranak pinak mcm hamster tu Pon problematic gk ye..good luck la dgn bitch boi sabahan dia tu..gambar dh kalah laki bini..nikahnye idak lg

Lihat semua komen(192)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.069499 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top