Tidak banyak maklumat yang diperolehi mengenai majlis berkenaan bagaimanapun Natasha dan suaminya berkemungkinan meminati aktiviti yang sama iaitu memanah dan 'surfing' kerana kedua-dua mereka meletakkan pautan mengenai perkara itu di bahagian maklumat Instagram masing-masing.
Hasil tinjauan di Instagram adiknya, Tania Hudson tidak menunjukkan sebarang perkongsian atau kemas kini mengenai majlis tersebut.
Terdahulu, pemilik nama sebenar Natasha Liana Hudson pernah berkahwin dengan Mohd Faiz Mohd Raih pada 2006 namun hanya bertahan selama empat bulan.
Dia kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli politik, Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007. Malangnya, hubungan suami isteri itu hanya bertahan dua tahun. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Neesa Helena.
IG Natasha Hudson
April 2012, Natasha melangsungkan perkahwinan kali ketiga dengan penyanyi hip hop Khalid Kamal atau lebih dikenali sebagai Carleed Khaza. Pasangan ini bercerai pada 2018 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata iaitu Naeema Khaleela dan Faatimah.
Pelakon itu kemudian bergelar isteri kepada ahli perniagaan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor pada 7 Disember 2018 tetapi berpisah pada Oktober 2019.
Januari lalu, Natasha mencetuskan kontoversi apabila memuat naik gambarnya tidak bertudung di Instagram. Walaupun perkara itu dilaporkan meluas oleh media tempatan namun aktres terbabit tidak memberikan sebarang maklum balas. -CARI
Perkahwinan Terdahulu