CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ara Johari 'Cover' Lagu Vida, Sohor Kini Di YouTube

26-3-2022 01:52 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4997| Komen: 28|Original author: Tatod


Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Ara Johari yang baharu saja tampil dengan lagu Sumpahan Salju menunaikan janjinya untuk berkongsi 'cover' lagu Ku Ikhlaskan yang dipopularkan oleh usawahan Datuk Seri Vida.

Menyanyikan lagu berkenaan dengan menyelitkan identiti sendiri serta menyuntik susunan muzik baharu membuatkan karya berkenaan memberikan 'feel' berbeza ketika mendengar dendangannya.

Berkongsi video nyanyian semula lagu itu di saluran YouTube miliknya semalam, sehingga artikel ini ditulis, perkongsian berkenaan berada pada nombor 8 sohor kini di platform muzik tersebut.



Tidak keterlaluan andai Ara dianggap sebagai salah seorang penyanyi yang berbakat besar dan mampu mencipta kejayaan tersendiri suatu hari nanti. Vokal dan suaranya mempunyai keunikan serta keistimewaan tersendiri.

Muzik video Sumpahan Salju, single baharu Ara dilancarkan dua minggu lalu. Bagaimanapun, nampaknya 'cover' Ku Ikhlaskan lebih mendapat perhatian daripada peminat industri muzik tempatan.


Ramai yang memuji keupayaan wanita itu menyanyikan semula lagu berkenaan dan menganggap Ara adalah seorang penyanyi yang boleh menyampaikan pelbagai genre lagu.

Malahan, ada juga netizen yang mencadangkan agar Vida selepas ini fokus pada penulisan lirik untuk penyanyi sedia ada.  -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 26-3-2022 03:54 PM
Jauh bertiang sedap Ara nyanyi
Quote imransulaiman 26-3-2022 04:37 PM
Bila Ara yang nyanyi, barulah lagu ni layak jadi AJL material!
Quote midori_katana 26-3-2022 04:50 PM
Sedap bertingkat2 versi cover dari yg ori. Tok vida buat lirik dah lah pasni. Lirik sheols boleh tahan bagus.
Quote nurul_akmar 26-3-2022 05:46 PM
bila aku dgr ara nyanyi, sedap betul.. boleh masuk bertanding
Quote Nenasketum 26-3-2022 05:54 PM
Baru lah tak mimpi ngeri tido malam
Quote anakkerengga 26-3-2022 05:57 PM
Lagu ni best… baru rs feel bila dgr ara nyanyi…
Quote lattehazelnut 26-3-2022 05:59 PM
Mcm vibe mcm lagu tema drama 90s or early 2000s.. lagu2 ni mcm ni biasa org bawak karaoke..
Ada potensi gi ajl.. tp kne penyanyi lain la..
Quote bakingsoda 26-3-2022 06:20 PM
goosebumps dgr ara yg nyanyi lagu ni. tapi lagu ni bukan remake eh? kenapa mcm penah dengar je
Quote miss_perfect 26-3-2022 06:22 PM
Thank you Ara sebab cover lagu ni sebab kalau tak, sampai bila2 la aku takkan sengaja dengar lagu tokvida ni.
Quote supernaturalee 26-3-2022 06:49 PM
Asal tang korus nk hujung2 tu mcm korus bunga
....setelah...ku dimiliki....

Nk seakan lh bro
Quote Mulotkoyak 26-3-2022 07:02 PM
Ratu semut sah sah laaaa pandai nyanyi xperlu nk autotune. Xdela smp confident nk ke AJL dgn suara cenggitu.
Quote adeqbun 26-3-2022 07:04 PM
bakingsoda replied at 26-3-2022 06:20 PM
goosebumps dgr ara yg nyanyi lagu ni. tapi lagu ni bukan remake eh? kenapa mcm penah dengar je

Aah .same la .iols mula2 dgr pon mcm penah dan fsmilar je lagunye
Quote Kancilkering 26-3-2022 07:21 PM
Edited by Kancilkering at 26-3-2022 07:22 PM

tahniah ara…….baru tau dia bdk af …
Quote cicicumel 26-3-2022 07:31 PM
Dia kan br je keluar single baru. X riso ke lagu cover lagi menonjol dr lagu sndiri? Sendoo
Quote wirazam 26-3-2022 08:43 PM
Aku nak dengar Aina cover lagu dsv ni juga..
Quote annadonna 26-3-2022 11:45 PM
Keadilan bermaruah untuk komposer dan penulis lirik
Quote annadonna 26-3-2022 11:47 PM
Vida bedah kalau tak rasa malu dan hina dengar orang cover lagu ni selayaknya muka ditampal kulit babi
Quote Normabaru 26-3-2022 11:56 PM
miss_perfect: Thank you Ara sebab cover lagu ...


Aaaa same laaa kaka Pon dgr ni..sah2 better Dr tokbida yg XP kls vocal acah tpaling bbakat tp Nan hadoo..

Jujur ckp nk kata best sgt lagu tu average jelaaaa
Nothing kick Pon utk dgr byk kali but yeah...
Xpyh 400@500k siap baju ala Alice in horrorland utk video clip Pon dh blh viral kohkohkoh
Quote jihah_kudat 27-3-2022 01:50 AM
cicicumel replied at 26-3-2022 11:31 AM
Dia kan br je keluar single baru. X riso ke lagu cover lagi menonjol dr lagu sndiri? Sendoo

hahah tapi memang cover ni lagi banyak view dari lagu baru dia   ..lagi lagu dia yang baru macam tak berapa nak hadam..ara ni lagu dia best masa  warkah dgn bunga tu je yg lain2 semua dah tak berapa nak melekat sangat..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-10-2024 06:17 PM GMT+8 , Processed in 0.085217 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top